Khamis, 24 Mac 2011

Kosmo Online - Dunia

Kosmo Online - Dunia


Air di Tokyo tidak selamat untuk bayi

Posted:

Air di Tokyo tidak selamat untuk bayi

Air di Tokyo tidak selamat untuk bayi


SEORANG lelaki memperoleh air dari sebuah lori tangki di wilayah Chiba, dekat Tokyo semalam.


TOKYO – Pihak berkuasa Jepun menasihati agar bayi tidak diberi minum air paip di bandar raya ini ekoran ia mengandungi tahap radiasi yang tinggi.

Menurut pihak berkuasa, air di loji pemprosesan air bersih untuk kegunaan 13 juta penduduk di sini mengandungi bacaan tahap radioaktif berjumlah 210 becquerel iaitu dua kali ganda melebihi tahap selamat untuk bayi.

Pencemaran itu berpunca daripada kebocoran partikel radioaktif dari beberapa reaktor nuklear loji Fukushima Daiichi yang meletup selepas gempa bumi kuat berukuran 9 pada skala Richter dan tsunami yang melanda timur laut Jepun pada 11 Mac lalu.

"Pencemaran ini adalah kesan langsung dari loji nuklear Fukushima Daiichi," kata seorang pegawai kerajaan di sini.

Dalam perkembangan berkaitan, penduduk Tokyo termasuk rakyat asing yang bekerja di Jepun berpusu-pusu meninggalkan bandar raya ini sejak hujung minggu lalu ekoran pencemaran radioaktif dalam sumber makanan dan air.

Mereka menaiki kenderaan darat seperti kereta api dan penerbangan menuju ke bandar-bandar di barat Jepun.

Sementara itu angka rasmi mangsa yang maut dalam tragedi tersebut itu setakat ini meningkat kepada 9,199 orang dengan 13,786 lagi masih hilang manakala anggaran kerugian pula mencecah AS$300 bilion (RM907.6 bilion).

Sementara itu, Pentadbiran Dadah dan Makanan Amerika Syarikat (AS) menyatakan ia menghentikan import susu, sayur dan buah-buahan dari empat wilayah di timur laut Jepun yang berada dekat dengan loji nuklear tersebut.

Hong Kong turut mengikut jejak sama dengan mengharamkam import barang tenusu, buah-buahan, sayur-sayuran dan daging dari lima wilayah dekat loji nuklear tersebut.

Para pekerja di loji nuklear yang membekalkan tenaga elektrik itu bertungkus-lumus untuk membaiki sistem penyejukan yang terletak 250 kilometer dari Tokyo. – Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Gaddafi muncul beri ucapan

Posted:

Gaddafi muncul beri ucapan

Gaddafi muncul beri ucapan


Gaya Muammar Gaddafi semasa berucap kepada para penyokongnya.


TRIPOLI – Pemimpin Libya, Muammar Gaddafi muncul di halaman istananya kelmarin untuk menyeru rakyat Libya supaya bersedia untuk berperang sekali gus menunjukkan pemimpin Libya itu masih hidup.

"Kita tidak akan menyerah diri. Kita akan mengalahkan mereka (tentera Barat) dengan apa jua cara pun. Kita bersedia untuk berperang sama ada dalam jangka masa pendek atau panjang. Kita akan menang pada akhirnya," kata Gaddafi, dalam rakaman video menunjukkan beliau berucap di hadapan sejumlah penyokongnya di halaman istananya di Bab Al-Aziziyah di sini.

"Serangan ini yang dilakukan kelompok fasis akan tamat dalam tong sampah sejarah," katanya.

Ucapannya itu diiringi oleh percikan bunga api di Tripoli semasa para penyokong pemimpin tersebut bersorak dan melepaskan tembakan ke udara.

Sebelum ini, nasib Gaddafi tidak dapat dipastikan selepas sebahagian istana itu musnah akibat dibedil peluru berpandu tentera bersekutu.

Pada awal semalam, stesen televisyen CNN melaporkan serangan udara tentera bersekutu dilancarkan di bandar Misrata, timur Tripoli.

Di sebalik kata-kata semangat Gaddafi, terdapat laporan bahawa pemimpin Libya itu dipercayai sedang mencari penyelesaian kepada konflik di Libya selain peperangan.

Setiausaha Amerika Syarikat (AS), Hillary Clinton memberitahu stesen televisyen ABC bahawa orang kanan Gaddafi telah menghubungi sekutu Libya di seluruh dunia bagi mencari penyelesaian kepada krisis di negara itu.

Penentangan rakyat terhadap Gaddafi, 68, bermula sejak 15 Februari lalu susulan kejayaan gerakan reformasi kearah pemerintahan demokrasi di Tunisia dan Mesir.

Pertempuran di antara pihak pemberontak dan tentera Gaddafi masih belum berakhir manakala tentera Barat diketuai AS campur tangan dengan menguatkuasakan zon larangan terbang di Libya sejak Ahad lalu.

Zon larangan terbang itu diluluskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada Khamis lalu dengan tujuan untuk mengelak Gaddafi melancarkan serangan ke atas penduduk awam.

Tujuan AS, Britain dan Perancis menyertai zon larangan itu juga adalah untuk memastikan Gaddafi berundur daripada jawatannya.

– Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Elizabeth Taylor meninggal dunia

Posted:

Elizabeth Taylor meninggal dunia

Elizabeth Taylor meninggal dunia


Elizabeth TAYLOR pada tahun 1984.


LOS ANGELES - Aktres legenda Hollywood, Elizabeth Taylor yang mempunyai sepasang mata ungu meninggal dunia semasa berusia 79 tahun semalam di sebuah hospital di sini.

Menurut satu kenyataan keluarga pelakon tersebut, dia telah dimasukkan ke Hospital Cedars-Sinai di sini sejak enam minggu lalu kerana mengalami masalah jantung yang merupakan penyakit yang dihidapinya selama bertahun-tahun.

Kenyataan tersebut menyatakan, aktres yang pernah mencuit hati ramai penonton menerusi filem National Velvet itu mengelami komplikasi jantung baru-baru ini.

"Aktres legenda, seorang ahli perniagaan dan aktivis, Elizabeth Taylor meninggal dunia hari ini (semalam) dengan aman di Hospital Cedars-Sinai di Los Angeles," kata satu kenyataan daripada seorang pegawai seranta pelakon berkenaan.

Menurut kenyataan itu, aktres berkenaan dikelilingi anak-anaknya, Michael Wilding, Christopher Wilding, Liza Todd dan Maria Burton semasa dia menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Pelakon itu mempunyai 10 cucu dan empat cicit.

Menurut Wilding: "Ibu saya merupakan seorang wanita yang luar biasa yang kehidupannya dipenuhi dengan humor, kasih sayang dan keghairahan.

"Walaupun kematiannya amat mengejutkan buat kami yang berada rapat dengannya, kami akan selalu memperoleh inspirasi daripada sumbangannya kepada dunia kita."

Menurut kenyataan itu, anak-anak pelakon itu berasa bangga dengan sumbangannya dalam memerangi HIV/AIDS, kerjayanya sebagai ahli perniagaan dan kerja-kerjanya dalam dunia perfileman.

Dia dilahirkan di London pada 27 Februari 1932 namun ibu bapanya berasal dari Amerika Syarikat (AS).

Bapanya merupakan seorang peniaga seni manakala ibunya pernah menjadi pelakon.

Elizabeth berpindah ke California bersama keluarganya semasa dia berumur tujuh tahun dan bakatnya sebagai pelakon dikesan oleh seorang ejen pencari bakat.

Aktres itu berlakon dalam filem pertama, There's One Born Every Minutes semasa dia berumur 10 tahun.

Dia membintangi lebih 60 buah filem dan antara filem-filem terkenalnya ialah A Place in the Sun, Giant, Raintree County, Cat on a Hot Tin Roof, Butterfield Eight Cleopatra dan Who's Afraid of Virginia Woolf.

Filem terakhirnya, animasi the flintstones menerusi sumbangan suaranya pada 1994. Pelakon itu berkahwin dengan tujuh orang sepanjang hidupnya.

Namun, dia berkahwin sebanyak dua kali dengan pelakon Britain, Richard Burton menyebabkan Elizabeth terkenal kerana berkahwin sebanyak lapan kali.

Elizabeth juga terkenal kerana hubungan rapatnya dengan penyanyi Michael Jackson yang meninggal dunia pada 25 Jun 2009.

- Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan