Harian Metro: Global |
Posted: 23 Mar 2011 10:12 AM PDT ORANG ramai melihat lubang besar di pankalan tentera laut Libya di Bousetta, timur Tripoli, yang musnah selepas dibom tentera bersekutu, semalam. TRIPOLI: Pemimpin Libya, Muammar Gaddafi berkata semalam, kuasa Barat yang menyerang negaranya akan berakhir dalam tong sampah sejarah. "Kita tidak akan menyerah kalah," kata Gaddafi kepada penyokongnya yang membentuk perisai manusia untuk melindunginya di kediaman beliau di Tripoli yang menjadi sasaran serangan pada 1996 ketika pentadbiran Reagan dan sekali lagi dalam serangan udara tentera bersekutu baru-baru ini.
"Serangan itu dilakukan oleh sekumpulan fasis yang akan berakhir dalam tong sampah sejarah," katanya, Ucapannya itu disusuli dengan pembakaran bunga api di Tripoli sambil orang ramai bersorak dan penyokongnya melepaskan tembakan ke udara.
Mereka tidak berupaya mengusir tentera Gaddafi daripada persimpangan utama Ajdabiyah di timur sementara kereta kebal askar kerajaan mengepung bandar Misrata.
Menurut saksi, pesawat pejuang kedengaran di ruang angkasa bandara raya itu disusuli dengan tembakan meriam antipesawat.
|
Pemimpin Libya akan cuba kekal kuasa: Obama Posted: 23 Mar 2011 10:07 AM PDT WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama semalam memberi amaran, Muammar Gaddafi mungkin berusaha mengekalkan kuasa meskpiun berdepan dengan serangan tentera bersekutu. Bagaimanapun, Obama berkata, pendekatan ketenteraan bukan satu-satunya cara untuk menyingkirkan pemimpin Libya itu.
Obama yang berada di El Salvador sebagai sebahagian daripada lawatannya ke Amerika Latin berkata, beliau percaya serangan udara yang dilancarkan negaranya, Britain dan Perancis beraya menyelamatkan nyawa orang awam di Libya. - AP Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan