Selasa, 1 Mac 2011

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


AS tawar bantuan

Posted: 28 Feb 2011 09:21 AM PST

WASHINGTON: Amerika Syarikat mengumumkan kesediaannya menawarkan 'sebarang bantuan' kepada rakyat Libya yang kini gigih menumbangkan rejim Muammar Gaddafi.

Ketika penentang kerajaan menguasai beberapa bandar di barat Libya, Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton, menyertai desakan pemimpin lain dunia, termasuk Barack Obama, menggesa Gaddafi berundur.


"Kita baru saja memulakan proses menyingkirkan Gaddafi.

"Mula-mula, kita perlu melihat rejimnya berakhir dan tiada lagi pertumpahan darah," katanya Menurut Hillary, Washington tidak sabar melihat Gaddafi disingkirkan daripada kedudukannya sebagai pemimpin Libya secepat mungkin.


Kenyataan itu dibuat ketika Hillary bersedia menghadiri mesyuarat peringkat menteri di Suruhanjaya Tinggi Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu semalam.


Pada pertemuan itu, dia dijadual mengadakan rundingan dua hala dengan rakan sejawatnya dari negara lain mengenai Libya.

Sementara itu, akhbar The New York Times melaporkan, pegawai AS dan Eropah membincangkan pelan menguatkuasakan zon larangan terbang ke atas Libya bagi menghalang pembunuhan ke atas rakyat negara itu oleh tentera yang setia kepada Gaddafi.


Memetik sumber, akhbar itu melaporkan, setakat ini keputusan muktamad belum dicapai.

Menteri Luar Itali, Franco Frattini, pula berkata perjanjian persahabatan di antara negara itu dengan Libya yang dimeterai pada 2008 kini dianggap digantung. Pegawai kanan AS juga mengaku mereka membincangkan kemungkinan mengganggu siaran komunikasi di Libya bagi menghalang Gaddafi menyebarkan ucapan atau kenyataan kepada orang ramai.


Akhbar itu turut menyatakan, AS memberi pertimbangan sama ada tentera negara itu boleh membina kemudahan di Tunisia atau Mesir bagi membantu pelarian Libya. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Rakyat Oman bangkit protes

Posted: 28 Feb 2011 09:20 AM PST

SOHAR: Rakyat Oman terus menguasai jalan utama di bandar Sohar bagi menuntut kerajaan menangani masalah pengangguran dan melaksanakan reformasi di negara itu.

Bantahan terbuka itu diadakan sehari selepas enam penunjuk perasaan terbunuh gara-gara terkena peluru getah polis.


Protes itu - kebanyakannya disertai penganggur - menghalang laluan di bandar perindustrian penting Oman walaupun kerajaan mengumumkan bantuan baru untuk mereka.

Kerajaan juga memberikan lebih kuasa kepada majlis penasihat yang dilantik.


Protes diadakan di Bulatan Bumi - kawasan persimpangan penting untuk ke Muscat selama tiga hari berturut-turut walaupun polis cuba menyuraikan mereka.


Pihak berkuasa tidak kelihatan semalam selepas sehari sebelum itu berlaku pertembungan berdarah di antara polis dan penunjuk perasaan.

Jurucakap kerajaan mendakwa, hanya seorang terbunuh dalam konfrontasi itu.


Mangsa kedua, katanya, terselamat walaupun peluru getah itu terkena perutnya.

Bagaimanapun, di pihak penunjuk perasaan, mereka mendakwa sekurang-kurangnya enam terbunuh.


Agensi berita ONA melaporkan, protes bermula pada subuh Sabtu dan berlanjutan sehingga semalam.


Beberapa kenderaan kerajaan dan persendirian turut dibakar.


"Polis antirusuhan bertindak bagi melindungi orang ramai dan harta-benda mereka," lapor ONA.


Selain rumah gabenor di Sohar, penunjuk perasaan turut membakar pusat membeli-belah. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan