Berita Harian: Dunia |
Tentera Gaddafi tembak jatuh pesawat penentang Posted: 19 Mar 2011 03:01 PM PDT Dunia Serangan udara muncul ketika kerajaan Libya timbang laksana gencatan senjataBENGHAZI: Pesawat tentera setia kepada Muammar Gaddafi melakukan dua serangan udara ke atas kubu pemberontak di barat daya bandar ini awal pagi semalam dan asap tebal dilihat menjulang dari kawasan yang disasarkan, walaupun pemimpin Libya itu ditekan negara Barat agar mengadakan gencatan senjata. Sementara itu, kumpulan pemberontak mengesahkan pesawatnya ditembak jatuh di sini oleh pasukan Gaddafi dalam insiden dramatik yang dirakam kamera di tengah-tengah bandar dikuasai pemberontak ini. "Ya, ia adalah salah satu daripada pesawat kami. Ia ditembak jatuh oleh tentera Gaddafi," kata seorang pegawai kanan pemberontak.Sementara itu, pesawat dapat didengar awal pagi semalam terbang di atas pusat bandar, di mana letupan dan tembakan meriam antipesawat kedengaran sepanjang malam. Serangan udara pertama muncul pada jam 5.20 pagi waktu tempatan, diikuti serangan kedua 20 minit kemudian, menghasilkan asap hitam tinggi menjulang yang terus berada di langit hampir setengah jam kemudian. Pada jam 8.17 pagi, satu siri letupan kecil, kemungkinan dari roket Katyusha, menghasilkan sekurang-kurangnya tujuh letusan kecil asap hitam di selatan bandar ini.
Namun tentera pemberontak yang cuba menggulingkan pemimpin Libya berkata tentera Gaddafi terus mengebom bandar, ketika mencadangkan gencatan senjata. Di TRIPOLI, Timbalan Menteri Luar Libya menafikan melancarkan serangan ke atas Benghazi dan berkata tentera kerajaan tidak akan melanggar gencatan senjata. "Pasukan bersenjata kini terletak di luar bandar Benghazi dan kami tiada hasrat memasuki Benghazi," kata Khaled Kaaim kepada media. Kaaim juga menggesa pengerahan segera pemantau asing, menyatakan jika tidak "tuduhan dan tuduhan balas tidak akan berhenti." – AFP
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Pemimpin negara Arab, AS, Barat bincang tindakan ketenteraan Posted: 19 Mar 2011 03:00 PM PDT Dunia PARIS: Pemimpin negara Arab, Amerika Syarikat dan negara Barat lain mengadakan pertemuan di sini semalam bagi membincangkan kemungkinan melancarkan tindakan ketenteraan terhadap pasukan tentera pemimpin Libya, Muammar Gaddafi.Duta Perancis ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Gerard Araud, berkata beliau menjangka tindakan ketenteraan itu akan dilancar beberapa jam selepas mesyuarat membuat keputusan. Mesyuarat berkenaan menyusuli resolusi Majlis Keselamatan PBB yang membenarkan masyarakat antarabangsa melancarkan tindakan untuk melindungi orang awam di Libya. Sementara itu, Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) turut mengadakan mesyuarat tergempar untuk menyemak rancangan yang menguatkuasakan zon larangan terbang di ruang udara Libya.Majlis NATO dijangka mengeluarkan arahan untuk melancarkan operasi berkenaan dalam beberapa hari lagi. Pegawai badan itu berkata kakitangan tentera sedang menyempurnakan rancangan untuk mengerah berpuluh-luluh jet pejuang, jet pengebom, helikopter dan pesawat pemantauan di selatan Eropah. Mesyuarat majlis NATO itu dihentikan semalam untuk menanti keputusan mesyuarat di Paris berkenaan. Amerika Syarikat (AS) mempunyai beberapa pasukan tentera dan kapal tentera laut di kawasan berhampiran Libya, termasuk kapal selam, kapal perang, kapal tempur dan kapal mendarat.
Pesawat AWACS milik NATO sudah pun memantau sepanjang 24 jam sehari ruang udara di atas pesisir pantai Libya bagi memberi laporan perkembangan di ruang udara dan medan perang negara Afrika Utara itu. Penganalisis berkata pesawat yang akan menguat kuasa zon larangan terbang itu akan menggunakan pangkalan di Sigonella, Sicily, Aviano di utara Itali, Istres di selatan Perancis dan Ventiseri-Solenzara di Corsica. – AFP
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan