Berita Harian: Dunia |
Posted: 12 Mar 2011 02:56 PM PST Dunia Angin dikhuatiri burukkan lagi kes kebocoran FukushimaTOKYO: Jabatan Perkhidmatan Kaji Cuaca Jepun memberi amaran, angin di loji nuklear Daiichi 1 Fukushima yang mengalami kebocoran radioaktif, bertiup dari selatan dan boleh menjejaskan kesihatan penduduk di bahagian utara negara itu. Agensi perkhidmatan kaji cuaca itu menyatakan, arah angin mungkin berubah dalam tempoh terdekat dan dijangka bertiup dari barat menghala ke laut. "Arah angin adalah faktor utama yang akan menentukan sejauh mana kerosakan alam sekitar berpunca daripada kebocoran yang berlaku, selepas Jepun dilanda gempa bumi dan tsunami setinggi 10 meter semalam," kata seorang pegawai agensi itu.Pegawai berkenaan berkata pihaknya meramalkan cuaca sepanjang hari ini cerah, manakala angin bertiup dari arah barat sebelum menghala ke selatan. "Kami akan terus memantau arah angin untuk membuat penilaian lanjut terhadap kesan kebocoran daripada loji berkenaan," katanya. Walaupun kebocoran radiasi ini sudah dijangka, profesor di Universiti Tokyo, Naoto Sekimura berkata bencana radioaktif yang besar tidak mungkin berlaku. "Malah, dalam senario yang teruk kebocoran radioaktif bermakna kerosakan peralatan tetapi bukan letupan besar. Jika pengedaran dilakukan dengan berhati-hati, kebocoran hanya sedikit dan bukannya melebihi jarak lingkungan tiga kilometer," katanya. Agensi berita Kyodo melaporkan pihak berkuasa mula memindahkan 20,000 penduduk dari zon sekitar loji Daini. Perdana Menteri, Naoto Kan yang membuat tinjauan udara di loji itu menggunakan helikopter sebelum ini mengarahkan penduduk dalam lingkungan 10 kilometer dari sebuah lagi loji, Daiichi mengosongkan kawasan berkenaan. Ketua Setiausaha Kabinet Yukio Edano berkata jumlah kebocoran radiasi mungkin kecil. "Mungkin material radioaktif di loji reaktor bocor di luar tetapi jumlahnya dijangka kecil dan angin meniup ke arah laut dapat membantu," katanya pada sidang akhbar. – AP/Reuters Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenFull Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Internet mudahkan kesan mangsa Posted: 12 Mar 2011 02:54 PM PST Dunia Beribu-ribu carian dikemaskini dalam GoogleTOKYO: Pencarian di halaman internet seperti Google dan Twitter serta pelbagai halaman tempatan dilaporkan berkesan untuk mencari orang tersayang berbanding merempuh kemusnahan berikutan tsunami yang memusnahkan Jepun. Ketika air mulai surut semalam, anggota keluarga dan rakan yang dalam kebimbangan menggunakan komputer untuk mendapatkan maklumat mengenai kenalan atau saudara mereka yang tiada khabar berita selepas ombak besar yang memusnahkan Sendai. Khidmat pencarian orang melalui gergasi web global, Google dikatakan meningkat lebih 33,000 rekod yang meninggalkan mesej bagi orang yang mencarikan maklumat mengenai rakan atau ahli keluarga mereka.Halaman web berkenaan mengemas kini beribu-ribu maklumat dalam bahasa Inggeris dan Jepun setiap beberapa minit. Satu pencarian rawak terhadap nama biasa Jepun 'Sato' menghasilkan beratus-ratus keputusan, kebanyakan adalah mereka yang tinggal di Sendai, bandar raya yang berhadapan dengan beribu-ribu mayat hanyut. Gunduzhan menghantar satu mesej mencari Aki Sato, seorang doktor gigi dari Sendai yang belajar di Universiti Ohu di Koriyama. Satu gambar menunjukkan seorang wanita cantik juga dihantar melalui halaman web ini. Sementara itu, satu lagi kiriman mencari Farima Sato yang menghasilkan berita baik. "Mak ok. Beliau dalam perjalanan pulang ke rumah". Palang Merah Jepun dan Antarabangsa juga mewujudkan halaman web yang hampir sama. Penduduk di Jepun dan luar negara boleh mendaftar nama mereka melalui halaman web atau merujuk kepada senarai manakala mereka di Jepun boleh memaklumkan keluarga dan rakan mereka bahawa mereka selamat dengan menyediakan maklumat untuk dihubungi. "Beribu-ribu penduduk di Jepun dan di mana-mana terputus hubungan dengan ahli keluarga mereka kerana gempa bumi dan tsunami berkenaan," kata Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) dalam satu kenyataan. Satu khidmat dikongsi melalui Twitter membenarkan orang ramai untuk menderma kepada Palang Merah melalui mesej teks dan derma mereka dimasukkan ke dalam bil telefon. – AFP Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan