Ahad, 27 Februari 2011

Utusan Online - Luar Negara

Utusan Online - Luar Negara


Sekatan perjalanan ke atas Gaddafi

Posted:

Sekatan perjalanan ke atas Gaddafi

Sekatan perjalanan ke atas Gaddafi

GENEVA 27 Feb. – Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebulat suara memutuskan untuk mengenakan sekatan perjalanan dan pembekuan aset terhadap rejim Muammar Gaddafi selain berhadapan siasatan jenayah kemanusiaan berhubung pertumpahan darah yang dikaitkan dengan pemimpin Libya itu.

Undi sebulat suara oleh badan dunia dianggotai 15 negara itu yang dibuat pada mesyuarat malam tadi itu turut menggesa supaya sekatan senjata dikenakan ke atas Libya secepat mungkin.

Menurut PBB, lebih 1,000 orang telah terbunuh dalam serangan yang dipercayai dilakukan oleh pengikut setia Gaddafi di Libya.

Majlis Keselamatan PBB turut membuat tuntutan baru supaya serangan ke atas orang awam dihentikan dengan segera, yang dilapor dicetuskan oleh pemimpin Libya 'peringkat tinggi'.

Larangan perjalanan dan pembekuan dalam Resolusi 1970 akan dikenakan terhadap pemimpin veteran Libya itu, tujuh orang anak lelakinya, anak perempuannya Aisha, beberapa anggota keluarganya, pegawai pertahanan dan perisikan tinggi lain yang dituduh memainkan peranan dalam pertumpahan darah di negara itu.

Terdapat 16 nama dalam senarai sekatan itu selepas ditapis daripada 22 orang sebelum ini ketika mesyuarat semalam.

Tuduhan menyebabkan pertumpahan darah akan dirujuk ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa kerana serangan yang sistematik dan berleluasa ke atas rakyat yang kini berlaku di Libya adalah jenayah kemanusiaan.

Di bawah resolusi itu juga, penjualan senjata ke Libya perlu dihentikan segera. Resolusi itu turut menggesa Libya membenarkan kemasukan bekalan kemanusiaan dan pemantau hak kemanusiaan untuk melindungi rakyat asing.

"Langkah ini adalah 'isyarat penting' menunjukkan masyarakat antarabangsa menyokong rakyat Libya dan menentukan masa depan mereka," kata duta Britain ke PBB, Mark Lyall Grant.

Wakil dari Afrika Selatan, Baso Sangqu berkata, satu dunia terkejut dengan 'kekejaman' di negara utara Afrika itu.

Sementara itu, Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama semalam menegaskan Gaddafi perlu 'meletak jawatan sekarang' kerana telah kehilangan kelayakan untuk memerintah.

Sehari sebelum itu, Obama secara peribadi mengenakan sekatan ke atas Gaddafi dan empat anak lelakinya, dalam percubaan jelas untuk melemahkan rejim itu yang semakin goyah dan menghukum tindakan ganas pemimpin veteran itu ke atas rakyat Libya. – AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Angka korban gempa bumi makin meningkat, mungkin lebih 200

Posted:

Angka korban gempa bumi makin meningkat, mungkin lebih 200

Angka korban gempa bumi makin meningkat, mungkin lebih 200

CHRISTCHURCH 27 Feb. – Angka kematian akibat gempa bumi 6.3 pada skala Richter yang melanda bandar raya ini Selasa lalu dijangka meningkat melebihi 200, lapor pihak berkuasa hari ini.

Superitendan polis David Cliff berkata, sehingga kini seramai 147 telah disahkan maut dan pihaknya menjangkakan angka kematian akan terus meningkat berdasarkan bilangan 200 lagi mangsa yang dilaporkan hilang.

"Anggota penyelamat masih meneruskan operasi mencari mangsa di bawah runtuhan, jumlah itu mungkin meningkat," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Kenyataan beliau itu membayangkan bencana gempa bumi kali ini adalah yang terburuk di New Zealand selepas satu gempa bumi melanda Napier, North Island pada 1931 yang mengakibatkan 256 maut.

Di Christchurch, satu majlis memperingati kebangsaan yang dijadual terpaksa dibatalkan selepas ia dibimbangi boleh menghalang laluan operasi menyelamat, ketika penduduk di bandar raya kedua terbesar New Zealand itu berkabung dan meratapi kematian insan tersayang dalam upacara-upacara di gereja seluruh negara.

Jurutera dan perancang bandar berkata, sebahagian besar kawasan bandar raya itu yang musnah mungkin tidak boleh digunakan dalam masa berbulan-bulan akan datang dan sekurang-kurangnya satu pertiga bangunan perlu dirobohkan dan dibina semula selepas gempa bumi menggegar minggu lalu.

Sebelum itu, seorang inspektor polis, Rusell Gibson berkata, pasukan penyelamat telah menjumpai beberapa mayat di celah runtuhan dan ia hanya akan dikeluarkan hari ini.

Pasukan penyelamat hari ini masih menjalankan operasi mencari mangsa di celah-celah runtuhan di kawasan bandar dan pinggir bandar.

Walaupun operasi tersebut disifatkan sebagai kerja-kerja menyelamat, tiada satu pun mangsa berjaya diselamatkan sejak tengah hari Rabu lalu dan harapan untuk menemui mangsa yang hidup juga semakin tipis.

Bekalan elektrik telah pulih semula ke kira-kira 85 peratus Christchurch dan 65 peratus rumah kini telah mendapat bekalan air bersih, namun sistem kumbahan bandar dilapor masih belum diperbaiki.

Beribu-ribu sukarelawan boleh dilihat membantu kerja-kerja pembersihan di jalan-jalan. – Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan