Ahad, 27 Februari 2011

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Pyongyang ancam serang

Posted: 27 Feb 2011 02:21 PM PST

Dunia

Amaran jika Seoul biar propaganda antirejim Utara lepasi sempadan

SEOUL: Korea Utara akan melancarkan serangan merentasi sempadan jika Seoul terus membiarkan bahan propaganda antirejim melepasi sempadan di barisan hadapan dikawal ketat, media tempatan memberi amaran semalam.

Tentera Utara akan mula melepaskan tembakan di kawasan sempadan di mana aktivis Selatan dan tentera melancarkan belon membawa risalah antirejim Utara dan DVD, kata Agensi Berita Pusat Korea.

"Tentera kami sebagai mempertahankan diri akan melancarkan serangan, menyasarkan tembakan ke arah aktiviti propaganda anti-republik, jika amalan itu diteruskan walaupun amaran berulang dikeluarkan," kata KCNA, agensi berita rasmi Korea Utara. Tentera Utara, dalam mesej dibawa oleh KCNA, menggesa Selatan supaya menghentikan 'perang psikologi dengan segera.'

Ketegangan kekal tinggi di semenanjung Korea dengan latihan tahunan bersama dimulakan hari ini antara Amerika Syarikat dan Korea Selatan sehingga 10 Mac, perkembangan yang Pyongyang mendakwa tidak mustahil akan mencetuskan peperangan.
Amaran semalam muncul beberapa hari selepas seorang ahli Parlimen Korea Selatan mendakwa tentera Selatan menghantar berita pemberontakan menentang rejim kejam di Asia Barat dan Afrika Utara.

Ahli politik konservatif pembangkang Song Young-sun, memetik satu laporan daripada kementerian pertahanan, menyatakan belon membawa bekalan kemanusiaan seperti ubatan dan pakaian dilancarkan.
Katanya belon terbabit turut membawa risalah memberi amaran nasib pemerintahan kuku besi di dunia Arab dan menyasarkan untuk menyalurkan maklumat kepada penduduk Korea Utara, yang sebahagian besarnya terputus hubungan dengan dunia luar. – AFP


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Abhishek, Aishwarya hadir anugerah Oscar

Posted: 27 Feb 2011 02:20 PM PST

Dunia

Komposer muzik India, AR Rahman dijangka menang

LOS ANGELES: Pasangan Bollywood Abhishek dan Aishwarya Rai Bachchan yang ketika ini berada di sini untuk bercuti, akan menghadiri majlis gilang gemilang Anugerah Akademi Tahunan ke-83 hari ini, menurut bapanya bintang mega Amitabh Bachchan.

"Ya, Abhishek dan Aishwarya dijemput Akademi untuk menghadiri anugerah Oscar," Big B menghantar ucapan dalam blognya.

Bachchan mendedahkan rancangan anak dan menantunya itu ketika berkongsi bagaimana pelakon Amerika, Warren Beatty bertemu Abhishek di sebuah kedai pakaian di sini ketika sesi mencuba pakaian. "Oh! Dan secara tidak sengaja mereka mencuba pakaian di kedai sama untuk menghadiri upacara Oscar hari ini – Warren dan Abhishek!" tambah Bachchan.

Abhishek, yang sibuk dengan penggambaran filem Players in New Zealand, berada di bandar ini untuk bercuti dengan isterinya Rai.

Pasangan itu juga akan bertemu dengan pembuat filem pernah dicalonkan Oscar, Ashutosh Gowariker, yang turut dijangka menghadiri upacara berprestij itu.

Selain itu, komposer muzik, AR Rahman, yang dicalonkan untuk dua kategori dalam Oscar tahun ini, akan turut menghadiri upacara berkenaan.
Rahman, yang pernah memenangi dua anugerah Oscar untuk hasil kerjanya dalam filem 2009, Slumdog Millionaire, sedang mengintai anugerah bagi muzik latar asal untuk filem arahan Danny Boyle, 127 Hours serta lagu asal If I Rise daripada filem sama tahun ini. – Agensi


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan