Isnin, 17 Januari 2011

Utusan Online - Luar Negara

Utusan Online - Luar Negara


Tiada lanjutan bagi Blackberry

Posted:

Tiada lanjutan bagi Blackberry

Tiada lanjutan bagi Blackberry

JAKARTA 17 Jan. - Indonesia hari ini menolak untuk melanjutkan tempoh akhir yang ditetapkan pada hujung minggu ini kepada pengeluar telefon pintar BlackBerry untuk menyekat akses ke laman web pornografi.

Menteri Komunikasi, Tifatul Sembiring berkata, tidak akan ada peluang melanjutkan tempoh akhir yang ditetapkan pada 21 Januari ini, selepas rundingan antara pegawai dan wakil Research in Motion (RIM) diadakan di Jakarta.

"Kami tidak akan melanjutkan tempoh itu. Jika RIM tidak menutup laman web porno pada 21 Januari ini, kami akan memulakan proses undang-undang. Kami meminta komitmen ini dibuat dalam bentuk hitam putih," katanya kepada Parlimen, dimana menteri-menteri selalu berkomunikasi dengan BlackBerry.

Tifatul mengancam mengambil tindakan undang-undang untuk membataskan operasi syarikat itu di Indonesia, jika mereka tidak mematuhi arahan menyekat laman web pornografi di negara majoriti Islam ini.

Sebarang sekatan ke atas RIM merupakan satu tamparan besar kepada firma itu kerana terdapat lebih dua juta pengguna BlackBerry di negara yang mempunyai 240 juta penduduk ini.

Jurucakap RIM tidak mengulas berhubung tempoh akhir pada Jumaat ini, tetapi memberitahu syarikat itu sedang berusaha sedaya mungkin untuk memenuhi permintaan kerajaan.

"Kami sangat jelas dengan tuntutan kerajaan dan akan berusaha secepat mungkin untuk memberi penyelesaian bersesuaian dengan permintaan kerajaan ini," katanya.

RIM merupakan pengeluar telefon pintar keempat terbesar di dunia dengan jualan global sebanyak 11.9 juta unit, menurut firma penyelidik, Gartner.

Ia tidak menapis kandungan webnya di mana-mana pasaran lain di seluruh dunia. - AFP

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Kadar kesuburan Singapura merosot

Posted:

Kadar kesuburan Singapura merosot

Kadar kesuburan Singapura merosot

SINGAPURA 17 Jan. - Kadar kesuburan di Singapura merosot ke paras terendah pada tahun lalu, membawa maksud negara ini perlu sentiasa membawa masuk pekerja asing bagi menyokong pertumbuhan ekonominya kerana ramai rakyat republik ini semakin tua.

Timbalan Perdana Menteri, Wong Kan Seng berkata, kadar kesuburan negara atau bilangan bayi yang dilahirkan di Singapura jatuh kepada 1.16 pada tahun lalu, berbanding 1.22 pada 2009.

Kadar itu, katanya, jauh lebih rendah berbanding 2.1 bayi yang diperlukan bagi pembentukan generasi baru secara semula jadi di Singapura.

"Masalah utama untuk mencapai populasi yang kita mahukan adalah kadar kesuburan tempatan yang rendah.

"Dalam tempoh lebih 30 tahun, kita masih belum melahirkan bayi yang cukup untuk menggantikan generasi kita," katanya semasa berucap pada satu forum yang dianjurkan Institut Kajian Polisi.

Kan Seng berkata, ketika Singapura berjanji akan terus mengutamakan pekerja di kalangan rakyat tempatan, negara ini perlu terus mengupah pekerja asing.

Katanya, kerajaan akan terus menggalakkan pasangan berkahwin melahirkan lebih ramai anak, tetapi mengakui peningkatan kadar kesuburan mungkin akan mengambil masa.

"Kita perlu bergantung kepada proses kemasukan rakyat asing untuk menambah populasi, untuk menyokong pertumbuhan ekonomi dan untuk mengurangkan kesan pertambahan warga tua negara," katanya.

Singapura sejak beberapa tahun lalu, mengalu-alukan kedatangan pekerja asing yang menyaksikan pertambahan mendadak jumlah pekerja asing semasa zaman perkembangan ekonomi dari 2004 hingga 2007.

Namun, selepas krisis kewangan global 2008, kerajaan meneliti semula polisi terbuka tersebut, ekoran aduan rakyatnya yang terpaksa bersaing dengan rakyat asing bagi mencari kerja, mendapatkan rumah dan penjagaan kesihatan serta masalah kesesakan bagi mendapatkan perkhidmatan kereta api metro. - AFP

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan