Isnin, 17 Januari 2011

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Reid enggan ceraikan Katie

Posted: 16 Jan 2011 08:43 AM PST

LONDON: Selebriti Alex Reid enggan menanda tangani dokumen yang mengesahkan perkahwinannya dengan peragawati Katie Price sudah berakhir.

Pasangan itu menemui peguam beberapa hari lalu bagi mengesahkan mengenai perpisahan mereka selepas 11 bulan berkahwin. Bagaimanapun, Reid, 35, dengan linangan air mata tidak dapat menahan sebak ketika diminta menandatangani dokumen perceraian dan merayu Katie, 32, supaya mengenang kembali detik pertama ketika mereka jatuh cinta dahulu. Katie atau lebih dikenali sebagai Jordan enggan menuruti rayuan Reid.


Sementara itu, akhbar mendedahkan Reid memberi hadiah yang mahal untuk Katie pada sambutan Krismas lalu, manakala Katie hanya memberinya kemeja-T.

Reid dikatakan menghabiskan sebanyak 5,000 pound (RM25,000) untuk membeli pakaian berjenama, minyak wangi dan hamper makanan kegemaran Katie untuk isterinya itu. Namun, dia terkejut apabila Katie hanya menyerahkan kemaja-T dengan perkataan 'benci' kepadanya.


Satu sumber berkata: "Reid menghabiskan ribuan pound untuk membeli hadiah Krismas buat Katie."


"Katie cuma membayar untuk percutian mereka, membeli baju senaman dan beberapa kemeja-T yang tidak digemari Reid. Dia kecewa Katie tidak berusaha mengambil hatinya. Reid juga sudah memberikan rantai berlian kepada Katie ketika perkahwinan mereka sedangkan Katie tidak memberinya apa pun sebagai balasan." - TH

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Hakim, 2 pegawai mahkamah digantung kerja

Posted: 16 Jan 2011 08:40 AM PST

BEIJING: Seorang hakim dan dua pegawai mahkamah digantung kerja kerana menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup kepada seorang petani yang mengelak daripada membayar tol di lebuh raya, lapor media kerajaan, semalam. Hukuman itu telah mencetuskan kemarahan rakyat.

Mahkamah di wilayah Henan menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup kepada Shi Jianfeng minggu lalu selepas mendapati dia bersalah mengelak daripada membayar lebih 3.68 juta yuan (RM1.7 juta) tol di lebuh raya.


Shi menggunakan plat tentera palsu pada dua trak yang membawa batu kelikir untuk mengelak bayaran tol melebihi 2,300 kali kerana kenderaan tentera dikecualikan daripada membayar tol.

Agensi berita rasmi Xinhua berkata, Presiden, Timbalan Presiden, Penyelia dan Ketua Hakim Mahkamah Rakyat Pingdingshan disoal siasat kerana gagal menyiasat kes Shi dengan sewajarnya dan menjatuhi hukuman tanpa bukti yang cukup. - AFP

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan