Berita Harian: Dunia |
Posted: 17 Jan 2011 02:05 PM PST Dunia Kareena Kapoor MUMBAI: Aktres terkenal Bollywood, Kareena Kapoor tidak kisah dengan sebarang anugerah malah lebih suka memilih untuk bercuti ke luar negara ketika industri sibuk menganjurkan pelbagai majlis anugerah. Kareena berkata, beliau akan memilih untuk pergi bercuti dengan rakan-rakannya dan berada di Switzerland sepanjang musim anugerah perfileman dan industri diadakan di India. Beliau menjelaskan, dirinya tidak kisah dengan anugerah terbabit kerana kebanyakannya hanya dimenangi calon yang tidak layak menerimanya."Anugerah tidak menjadi sebarang masalah kepada saya. Banyak majlis anugerah mahukan saya menghadirinya tetapi saya memilih untuk ke Switzerland. "Ini kerana hanya itulah masa yang saya ada sepanjang tahun membolehkan saya meluangkan bersama keluarga dan orang tersayang," kata Kapoor kepada pemberita selepas melancarkan buku pakar diet beliau, Rujuta Diwekar bertajuk Women and the Weight Loss Tamasha, kelmarin. Kareena menulis satu bahagian dalam buku tulisan Diwekar berkenaan atas permintaan pakar pemakanan terbabit.
"Mereka yang tidak layak pula yang menerima anugerah manakala mereka yang layak lebih suka menikmati piza di rumah." Aktres itu yang intim dengan Saif Ali Khan juga bakal terbabit dalam pembikinan filem Bodyguard pada hujung minggu ini bersama Salman Khan. "Filem itu diberi nafas baru. Pengeluar filem itu meminta saya membintanginya kerana watak utama wanita agak lasak," kata Kareena. Mengulas mengenai buku pemakanan berkenaan, Kareena berkata, beliau menulisnya untuk membantu wanita kerana maklumat mengenainya tidak ada buat masa ini. "Wanita seperti tidak berdaya menguruskan tubuh badan sendiri termasuk soal hormon hingga rasa takut bukannya gembira apabila mencapai usia baru.
"Meskipun makanan itu paling utama, ramai yang enggan makan hingga menjadi tabiat," katanya. Kareena berpendapat, keadaan itu tidak sepatutnya berlaku. "Jadi, saya agak perlu untuk menyatakannya dan mendidik mereka mengenainya," kata pelakon itu. Beliau dianggap seorang yang aktif dan menyedari mesej daripadanya boleh menjadi suatu perkara yang kuat untuk diikuti orang ramai. – Agensi |
Kesuburan di Singapura terus menurun Posted: 17 Jan 2011 02:04 PM PST Dunia SINGAPURA: Kadar kesuburan di Singapura dilaporkan terus merosot dengan lebih rendah pada 2010, bermakna kerajaan perlu membawa pekerja asing bagi menyokong pertumbuhan ekonomi berikutan penduduknya yang semakin tua.Kadar kesuburan penduduk atau bilangan bayi yang dilahirkan bagi setiap wanita setahun merosot kepada 1.16 tahun lalu, berbanding rekod terendah sebelumnya iaitu 1.22 pada 2009, kata Timbalan Perdana Menteri, Wong Kan Seng. Kadar terbabit adalah di bawah kadar 2.1 bayi yang diperlukan bagi penduduk untuk penambahan penduduk secara semula jadi. "Punca utama halangan kita untuk mencapai populasi yang bertahan adalah kerana kelemahan kadar kesuburan tempatan," kata Wong yang juga memantau sebuah badan berkaitan dengan dasar penduduk."Selama lebih 30 tahun, kita tidak mempunyai bayi yang cukup untuk menggantikan diri kita sendiri," katanya dalam satu ucapan di sebuah forum anjuran Institut Kajian Dasar. Ketika kerajaan berikrar untuk memberikan kepentingan utama kepada penduduk Singapura, negara itu perlu terus mengambil pekerja asing, kata timbalan perdana menteri berkenaan. Katanya, kerajaan akan terus menggalakkan pasangan untuk menghasilkan lebih ramai anak tetapi mengakui bahawa untuk meningkatkan kadar kesuburan akan mengambil masa.
|
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan