Khamis, 6 Januari 2011

Utusan Online - Luar Negara

Utusan Online - Luar Negara


Pendakwa minta Ariel dipenjara lima tahun

Posted:

Pendakwa minta Ariel dipenjara lima tahun

Pendakwa minta Ariel dipenjara lima tahun

Daripada SAHARUDIN MUSTHAFA
saharudin.musthafa@utusan.com.my

JAKARTA 6 Jan. - Penyanyi Ariel Peterpan tergamam dan tertunduk lesu ketika pendakwa raya menuntut agar dia dikenakan hukuman penjara lima tahun dan didenda 250 juta rupiah (RM85,000) atas tuduhan menerbitkan video lucah bersama selebriti Luna Maya dan Cut Tari.

Ariel atau nama sebenarnya Nazriel Ilham didakwa di bawah Akta Anti-pornografi yang membawa hukuman penjara maksimum 12 tahun dan denda sehingga AS$600,000 (RM1.83 juta)

Keputusan perbicaraan bekas penyanyi Peterpan itu akan diumumkan dua minggu lagi.

"Sebagai seorang artis, Ariel tidak memberikan contoh yang baik kepada masyarakat serta tidak mengakui perbuatannya.

"Dia juga berbelit-belit dalam memberikan keterangan semasa perbicaraan," kata pendakwa raya di Mahkamah Bandung, Jawa Barat di sini hari ini.

Semasa tiba di mahkamah, Ariel dikawal ketat oleh polis kerana bimbang keselamatannya terancam.

Di luar mahkamah, sekumpulan penunjuk perasaan di luar mahkamah berteriak kerana tidak berpuas hati dengan cadangan pendakwa raya.

Mereka tidak dapat menerima cadangan pendakwa raya yang disifatkan terlalu ringan dan tidak setimpal dengan perbuatan penyanyi popular itu.

"Kalau lima tahun hukumannya kami tidak boleh terima. Pelaku pornografi itu merosakkan moral dan harus dikenakan hukuman seberat-beratnya. Kalau boleh dihukum mati," kata seorang daripada penyelaras demonstrasi itu.

Sementara itu, pasukan peguam bela Ariel kesal dengan cadangan pendakwa raya itu.

Menurut seorang daripada peguam bela penyanyi itu, Boy Afrian Bonjol, semua saksi yang dipanggil memberi keterangan di mahkamah tidak langsung mengaitkan Ariel dalam dakwaan ini. Tetapi kenapa dia hendak dipenjarakan?," soal Boy. - UTUSAN

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

2 polis Indonesia dijel 10 tahun

Posted:

2 polis Indonesia dijel 10 tahun

2 polis Indonesia dijel 10 tahun

JAKARTA 6 Jan - Dua bekas pegawai polis Indonesia masing-masingnya dijatuhkan hukuman penjara sehingga 10 tahun kerana menjual senjata api kepada kumpulan pengganas 'al-Qaeda di Aceh' yang merancang siri-siri serangan di Jakarta.

Tatang Mulyadi dan Abdi Tunggal Adam, yang merupakan pegawai logistik yang mengawal gudang senjata polis separa tentera, didapati bersalah menjual senjata api kepada militan menerusi orang tengah, menurut keterangan di mahkamah.

Sebanyak 28 senjata api termasuk empat raifel tempur AK-47 dijual pada harga berjumlah 340 juta rupiah (RM112,330), kata Ketua Hakim Tri Widodo semasa membacakan keputusannya di mahkamah daerah Jakarta timur, hari ini.

"Mereka memindahkan senjata-senjata dari gudang logistik secara haram,'' kata beliau.

"Sebagai kakitangan kerajaan, mereka sepatutnya melindungi negara. sebaliknya mereka merosakkan imej pasukan polis,'' ujarnya.

Tempoh penjara para defendan itu lebih pendek berbanding 12 tahun yang diminta oleh pendakwa raya kerana kedua-duanya memberi kerjasama di mahkamah.

Bekas pegawai polis tersebut adalah antara lebih 100 orang yang ditahan selepas pembongkaran kem latihan di wilayah Aceh, Sumatera pada Februari tahun lalu. Seramai 66 orang suspek kini ditahan sementara menanti perbicaraan.

Kem tersebut didakwa menerima militan daripada pelbagai kumpulan pengganas serantau, termasuk kumpulan yang ada kaitan dengan al-Qaeda, di bawah kepimpinan dalang pengganas Indonesia, Dulmatin yang dibunuh oleh polis pada Mac tahun lalu. - AFP

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan