Harian Metro: Global |
Britain alami proses Islamisasi? Posted: 05 Jan 2011 07:40 AM PST LONDON: Jumlah warga Britain yang memeluk Islam di Britain mengatasi 100,000 orang, hampir sekali ganda berbanding 10 tahun lalu. Kebanyakan mereka terdiri daripada wanita kulit putih berusia 27 tahun yang bosan dengan budaya konsumerisme dan tidak berakhlak masyarakat Britain.
Bagaimanapun, laporan pertubuhan itu menyatakan, kebanyakan mereka yang memeluk Islam itu melihat agama itu sesuai dengan kehidupan di Britain.
Antara saudara baru yang beralih kepada keganasan ialah Nicky Reilly yang cuba meletupkan sebuah restoran di Bristol dengan bom paku dan pengebom kasut, Richard Reid serta pengebom 7 Julai, Germaine Lindsay.
Kajian yang dijalankan oleh Kevin Brice dari Universiti Swansea menyoal saudara baru mengenai pandangan mereka terhadap aspek buruk budaya Britain.
|
Charlotte Church anggap Ratu Elizabeth wanita tua yang bingung Posted: 05 Jan 2011 07:39 AM PST LONDON: Charlotte Church semalam dilapor menyifatkan Ratu Elizabeth sebagai 'wanita tua yang bingung dan berkata, dia simpati dengan ratu itu. Bercakap mengenai ELizabeth yang kini berusia 84 tahun, Charlotte berkata: "Saya menemuinya kira-kira tujuh kali dan dia tidak pernah mengingat saya.
"Apabila anda mendekatinya, anda akan sedar bahawa dia wanita tua yang tidak tahu apa yang berlaku. "Saya bersimpati dengannya. Dia mungkin tidak mahu dibawa menonton Persembahan Diraja untuk melihat penari berpakaian seksi."
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan