Jumaat, 31 Disember 2010

Utusan Online - Luar Negara

Utusan Online - Luar Negara


Banjir Australia semakin buruk

Posted:

Banjir Australia semakin buruk

Banjir Australia semakin buruk

BUNDABERG 31 Dis. - Lebih ramai warga Australia di Rockhampton terpaksa dipindahkan berikutan keadaan banjir yang semakin buruk, yang setakat ini telah menjejaskan 200,000 penduduk di bahagian timur laut negara ini.

Polis memindahkan penduduk dari kawasan tanah rendah itu, yang meliputi kawasan seluas gabungan Perancis dan Jerman itu serta mengenal pasti 4,000 buah rumah yang berisiko dilanda banjir teruk.

"Pihak berkuasa akan mengeluarkan arahan supaya penduduk di kawasan terjejas berpindah," kata Datuk Bandar Rockhampton, Brad Carter kepada agensi berita AAP.

Sementara itu, helikopter tentera jenis Blackhawk digunakan bagi membantu memindahkan penduduk serta menggugurkan bungkusan makanan di Emerald yang mempunyai penduduk serama 11,000 orang, selepas 80 peratus daripada kawasan itu diselubungi lumpur tebal.

Banjir yang diakibatkan oleh taufan Tasha itu telah menjejaskan operasi beberapa buah ladang ternakan dan lombong di Brisbane.

Perdana Menteri Australia, Julia Gillard sempat melawat pusat perlindungan sementara bagi meninjau keadaan mangsa banjir yang ditempatkan di situ.

"Kita dapat melihat pasukan bantuan kecemasan menjalankan kerja mereka dengan pantas bagi membantu mangsa banjir.

"Ia membuktikan semangat kerjasama pada setiap warga Australia yang sentiasa bantu membantu ketika orang lain dilanda kesusahan," kata Gillard. - AFP

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Banjir kilat di Mekah, Jeddah

Posted:

Banjir kilat di Mekah, Jeddah

Banjir kilat di Mekah, Jeddah


Seorang wanita keluar dari tingkap kereta bagi menyelamatkan diri dibantu oleh seorang lelaki setelah kereta mereka terkandas akibat banjir kilat di Jeddah, kelmarin. - AFP


MEKAH 31 Dis. - Banjir kilat melanda Mekah dan bandar raya Jeddah semalam mengakibatkan seorang lelaki dan tiga anaknya terbunuh di bandar suci ini ekoran hujan lebat dan perancangan bandar yang teruk.

Berita kematian tiga sekeluraga itu disampaikan oleh Gabenor Mekah, Putera Khaled Al-Faisal.

Beliau berkata, 200 orang lagi berjaya diselamatkan, sebahagian besarnya menggunakan helikopter.

Banjir di bandar raya Jeddah pula menyebabkan keadaan lalu lintas berhampiran pelabuhan Laut Merah di Jeddah terjejas setelah beberapa jalan utama di timur dan selatan bandar raya itu dinaiki air dan berpuluh-puluh kenderaan rosak, menurut seorang wartawan AFP.

Pihak berkuasa berkata, banyak rumah penduduk turut ditenggelami air.

Paras air di sesetengah daerah di Jeddah berada di paras lutut, sementara beberapa daerah lagi airnya naik melebihi paras pinggang.

November lalu, Jeddah, bandar raya kedua terbesar selepas Riyadh dilanda banjir mengakibatkan seramai 123 orang terbunuh dan banyak rumah dan bangunan rosak teruk.

Banjir pada November lalu itu disusuli dengan satu kempen yang tidak pernah diadakan di Internet oleh para penduduk bandar raya itu sebelum ini yang merungut mengenai rasuah dan perancangan bandar yang teruk. - AGENSI

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan