Harian Metro: Global |
Posted: 30 Dec 2010 08:45 AM PST LONDON: Perkahwinan Putera William dengan Kate Middleton mungkin terjejas akibat tunjuk perasaan, kata seorang pemimpin kesatuan sekerja, semalam. Pegawai kanan kesatuan sekerja akan berbincang tahun depan untuk menyelaraskan tunjuk perasaan sebagai membantah tindakan langkah berjimat-cermat kerajaan.
Perkahwinan William dengan Kate dijadualkan pada 29 April. Wakil Kesatuan Khidmat Komersial dan Masyarakat, Mark Serwotka berkata: "Perkahwinan diraja bukan menjadi faktor utama dalam perancangan kami dan juga bukan faktor untuk kami tidak menunjuk perasaan.
Kerajaan Britain baru-baru ini menghadapi tunjuk perasaan ganas akibat daripada kenaikan yuran pengajian universiti. Dalam kejadian itu, perusuh turut menyerang kenderaan yang membawa Putera Charles dan isterinya.
|
Model Perancis hidap anoreksia meninggal dunia Posted: 30 Dec 2010 08:43 AM PST PARIS: Aktres dan peragawati Perancis, Isabelle Caro yang mengalami anoreksia dan gambarnya tampil secara mengejut dalam kempen iklan di Itali meninggal dunia pada usia 28 tahun. Jurulatih lakonannya, Daniele Dubreuil-Prevot berkata, Isabelle meninggal dunia pada 7 November lalu selepas pulang ke Perancis sebaik selesai bertugas di Tokyo. Menurut Daniele, dia tidak tahu punca kematian Isabelle tetapi peragawati itu sudah sakit sejak sekian lama merujuk kepada penyakit anoreksia dialaminya.
Aktres itu yang mempunyai laman blog peribadi berkata, dia mengalami anoreksia sejak berusia 13 tahun ekoran kehidupan yang sukar ketika zaman kanak-kanaknya. - Agensi |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan