Khamis, 23 Disember 2010

Utusan Online - Luar Negara

Utusan Online - Luar Negara


Korea Utara sekadar mencemuh

Posted:

Korea Utara sekadar mencemuh

Korea Utara sekadar mencemuh


ROKET jarak jauh kelihatan melayang ke sasaran gunung semasa latihan perang udara dan darat tentera Korea Selatan di kawasan latihan Seungjin di Pocheon, Korea Selatan, semalam. – REUTERS


SEOUL 23 Dis. – Tentera Korea Selatan hari ini mempamerkan kekuatannya dengan menjalankan latihan tembakan peluru hidup melibatkan kereta kebal, artileri dan jet pejuang, genap sebulan selepas Korea Utara melancarkan serangan maut ke atas sebuah pulau di sempadan.

Amerika Syarikat (AS) menyuarakan sokongan terhadap latihan tersebut, yang kedua pada minggu ini, tetapi Pyongyang membidas Washington yang 'suka menghasut bonekanya di Korea Selatan supaya berperang'.

Presiden Korea Selatan, Lee Myung-bak yang melawat satu unit tentera di barisan hadapan, mengarahkan askar supaya membalas sebarang serangan baru daripada Korea Utara dengan hebat.

Beliau menuduh Korea Utara membiarkan rakyatnya kebuluran tetapi membelanjakan wang untuk membina bom nuklear.

Latihan di lapang sasar Pocheon, 30 kilometer ke selatan sempadan dengan Korea Utara, berlangsung selama kira-kira 40 minit.

Kira-kira 800 askar menyertai latihan yang disertai 30 kereta kebal K-1, 11 kereta berperisai K-200, dua jet pejuang F-15K, empat jet pejuang KF-16, 36 meriam K-9, tiga roket jarak jauh, empat helikopter 500MD, tiga helikopter Cobra AH-1S dan peralatan lain.

Tentera laut juga menjalankan latihan empat hari dekat pantai timur, bermula semalam.

Seoul berkata, latihan tersebut untuk tujuan pertahanan semata-mata.

Namun ketegangan memuncak di Semenanjung Korea sejak Korea Utara membedil sebuah pulau Korea Selatan dekat sempadan maritim di sebelah barat pada 23 November lalu.

Pyongyang berkata, bedilan tersebut sebagai membalas latihan tembakan peluru hidup yang dijalankan sebelum itu oleh Korea Selatan dekat Pulau Yeonpyeong. – AFP

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Penduduk diarah pindah

Posted:

Penduduk diarah pindah

Penduduk diarah pindah

LOS ANGELES 23 Dis. – Beratus-ratus penduduk dan pelancong di pusat peranginan California terpaksa dipindahkan selepas berlakunya ribut terbaru semalam yang memburukkan lagi keadaan selepas beberapa hari ia dilanda banjir dan ribut petir.

Ribut kencang terbaru yang melanda California itu menyebabkan beberapa perumahan yang terletak di kawasan pergunungan diselubungi lumpur dan pasukan penyelamat berusaha untuk menyelamatkan mangsa yang terselamat.

Perkhidmatan pengangkutan awam dan majlis pengebumian juga terpaksa di hentikan berikutan keadaan banjir yang teruk sedang melanda.

Seramai 400 orang di 20 kawasan tepi pantai di San Juan Capistrano, San Diego yang terletak di antara Los Angeles dan San Diego terpaksa dipindahkan ke kawasan yang lebih selamat selepas berlaku tanah runtuh berhampiran tempat tinggal mereka.

Kejadian ribut itu turut memaksa operasi lapangan terbang tempatan dihentikan buat sementara waktu, tanah perkuburan ditutup dan bekalan elektrik juga terpaksa dipotong.

Paras air yang semakin meningkat dan banjir yang semakin membimbangkan itu teruk melanda selatan California.

Pihak berkuasa terpaksa mengeluarkan amaran berjaga-jaga terutama kepada mereka yang tinggal berhampiran kawasan perairan seperti laut dan sungai.

"Ini bukan taman permainan dan ia bukanlah waktu yang sesuai untuk diadakan aktiviti sukan ekstrem.

"Jika paras air akibat banjir itu hanya meningkat sebanyak 15 sentimeter sekalipun, ia sudah cukup untuk melemaskan sesiapa saja ke dalam sungai," kata pegawai Jabatan Bomba Los Angeles, Jack Wise.

Gabenor California, Arnold Schwarzenegger mengeluarkan perintah darurat di hampir semua kawasan di selatan California yang teruk dilanda ribut itu. – AFP

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan