Khamis, 23 Disember 2010

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Foto separuh bogel Jennifer disebar

Posted: 22 Dec 2010 12:40 PM PST

JAKARTA: Sejak terpilih menyertai pasukan bola sepak Indonesia, Irfan Bachdim menjadi tumpuan masyarakat termasuklah kehidupan peribadinya.

Sejak kebelakangan ini, gambar separuh bogel kekasihnya, Jennifer Jasmin Kurniawan menjadi perbualan hangat dalam forum di Internet.


Satu daripada gambar berkenaan memaparkan Jennifer hanya mengenakan seluar panjang dan topi. Wanita berdarah campuran Indonesia-Jerman itu tidak kekok ketika bergaya tanpa pakaian.

Selain itu, terdapat juga tiga gambar lagi yang menunjukkan penampilan seksi Jennifer berbaring di ranjang dengan hanya memakai pakaian dalam.


Pengurus Jennifer, Acil Seto Wijoyo mengakui wanita dalam semua gambar itu adalah Jennifer. Bagaimanapun, menurut Acil semua gambar itu sudah lama diambil iaitu ketika masih menjadi peragawati di Jerman.


"Gambar itu gambar lama iaitu ketika Jennifer masih di Jerman," tutur Acil ketika dihubungi melalui telefon, semalam.

Jennifer lahir di Muehlacker, Jerman pada 6 April 1987 dan dia adalah kakak kepada Kim Jeffrey yang menyertai pasukan bola sepak Indonesia, baru-baru ini. - Agensi

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Penagih Internet bunuh anak

Posted: 22 Dec 2010 12:34 PM PST

SEOUL: Polis menahan seorang wanita kerana disyaki membunuh anaknya selepas kepenatan melayan permainan video di Internet, kata polis semalam.

Kejadian di bandar Cheonan itu adalah yang ketiga membabitkan masalah ketagihan permainan video Internet dilaporkan di Korea Selatan.


Dikenali hanya sebagai Kim, polis berkata, wanita itu menghabiskan masa sehingga 10 jam sehari bermain video sehingga segala kerja rumah dan tugas menjaga dua anaknya diabaikan.

Seorang jirannya berkata, keadaan dalam rumah Kim, 27, tidak ubah seperti tempat pembuangan sampah.


Kadang-kadang, katanya, anak Kim menangis sehingga berjam-jam tetapi masih gagal mendapat perhatian wanita terbabit.


Menurut polis, Kim membelasah anaknya dan mencekik anaknya yang baru berusia tiga tahun itu kerana budak terbabit kencing di lantai.

Perbuatan budak itu, kata polis, dianggap Kim mengganggu tumpuannya kepada permainan di komputer.


"Kim bengang kerana baru saja mahu berehat selepas berjam-jam di depan komputer apabila budak terbabit kencing," katanya.

Selain mangsa, seorang lagi anak Kim baru berusia setahun.


Selepas membunuh budak itu, Kim membiarkan mayat berkenaan selama tiga hari sebelum iparnya mendapat tahu dan memaklumkan kejadian itu kepada polis.


Menurut sumber, selain berjudi, Kim leka menguruskan 'haiwan maya' di Internet. - AFP

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan