Khamis, 23 Disember 2010

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Kedutaan asing di Itali kena serang

Posted: 23 Dec 2010 11:01 AM PST

Dunia

Dua cedera selepas bom dalam bungkusan meletup

ROME: Itali digemparkan oleh beberapa letupan yang mencederakan dua orang di kedutaan Switzerland dan Chile awal semalam menyebabkan semua bangunan diplomatik di ibu negara itu diperiksa.

Ancaman terhadap kedutaan Ukraine kemudian didapati tidak benar selepas letupan berlaku apabila bungkusan yang dihantar ke kedutaan berkenaan dibuka.

Letupan pertama berlaku dalam kedutaan Switzerland pada tengah hari wak tempatan. Lelaki yang membuka bungkusan berisi bom itu cedera parah di tangan tetapi dijangka selamat, kata duta negara itu, Bernardino Regazzoni. Tiga jam kemudian, saksi di luar kedutaan Chile mendengar satu letupan menyebabkan polis segera ke tempat itu dan mendapati seorang cedera.

Ketua Polis Rome, Francesco Tagliente, berkata satu bungkusan mencurigakan turut diterima kedutaan Ukraine tetapi tidak mengandungi bom.

Pada masa sama, semua kedutaan di kota itu sudah dimaklumkan mengenai apa yang berlaku dan diminta berjaga-jaga.

Pihak berkuasa tidak mengesyaki pelampau tempatan atau penunjuk perasaan bertanggungjawab atas kejadian itu dan membayangkan pembabitan pengganas.
Ini adalah keganasan terhadap kedutaan asing, sesuatu yang lebih membimbangkan kerana lebih daripada satu serangan dilakukan, kata Datuk Bandar Rome, Gianni Alemanno.

Katanya, pihak berkuasa mengesyaki pembabitan pihak antarabangsa dalam letupan itu yang dipercayai bukan oleh orang yang meletakkan bom palsu awal minggu ini di sebuah stesen kereta api bawah tanah Rome.

Negara Eropah semakin gusar dengan kemungkinan pengganas bertindak ketika musim cuti selepas serangan bunuh diri berlaku di Sweden.

Pihak berkuasa keselamatan bimbang dengan serangan yang dilakukan seperti di Mumbai, India.

Bulan lalu, kumpulan radikal Greek menghantar 14 surat berisi bom kepada kedutaan asing di Athens termasuk kedutaan Switzerland selain Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy, Canselor Jerman, Angela Merkel dan Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi.

Dalam serangan di Stockholm itu pada 11 Disember lalu, penyerang yang disyaki terbunuh.

Polis percaya dia merancang serangan ke atas stesen kereta api atau pasar raya ketika orang ramai sibuk menyambut Krismas.

Minggu lalu, satu bantahan antikerajaan oleh pelajar mencetuskan huru hara minggu lalu.

Menteri Dalam Negeri, Roberto Maroni menuduh golongan pengacau militan sebagai dalang kekacauan. - AP/Reuters


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Askar AS gaduh tuntut keldai

Posted: 23 Dec 2010 11:00 AM PST

Dunia

WASHINGTON: Seekor keldai di Baghdad mendapat tumpuan selepas seorang anggota marin Amerika Syarikat, seorang lelaki tempatan dan satu keluarga Iraq menuntut bayaran AS$30,000 (RM93,480) untuk melepaskannya.

Keldai diberi nama Smoke itu masuk ke dalam pangkalan tentera Amerika di Baghdad dua tahun lalu dan disukai anggota tentera asing terbabit.

Seorang kolonel bersara ketika ini mahu membawa Smoke ke Nebraska untuk menghabiskan masa dengan anak-anak askar yang dibunuh atau cedera, lapor akhbar Christian Science Monitor. Tidak jelas milik siapa sebenarnya pemilik keldai itu. Marin semuanya lelaki gagah dengan hati keras, namun kami agak baik dengan kanak-kanak dan haiwan, kata Kolonel Marin bersara, John Folsom, yang juga komandan Kem Taquddam di wilayah Anbar apabila Smoke muncul.

Smoke diserahkan kepada satu lagi unit marin apabila unit Folsom pulang. Agensi


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan