Kosmo Online - Dunia |
8 warga AS maut bas langgar lori Posted: 8 warga AS maut bas langgar loriBAS pelancongan remuk teruk selepas berlanggar dengan sebuah lori pasir dekat bandar Aswan, Kaherah semalam. KAHERAH - Lapan orang pelancong warga Amerika Syarikat (AS) maut dan 21 yang lain cedera dalam kemalangan bas pelancong dekat bandar Aswan, lapor agensi berita MENA semalam. Bas yang membawa 37 orang pelancong dalam perjalanan menuju ke kuil Abu Simbel itu berlanggar dengan sebuah lori pasir yang diletakkan di tepi jalan kira-kira 39 kilometer dari Aswan. Kejadian awal pagi semalam itu turut menyebabkan empat penumpang cedera parah. Pemandu bas dan pemandu pelancong turut mengalami kecederaan. Seramai 97 pelancong yang menaiki dua lagi bas tidak mengalami sebarang kemalangan. Kemalangan kerap berlaku di Mesir kerana keadaan jalan raya yang tidak sempurna dan kekurangan peraturan. Seramai lapan pelancong Ukraine mati pada bulan lalu apabila sebuah bas yang dinaiki mereka terbalik dekat sebuah resort di Laut Merah. - AFP | ||
Berjuta-juta serbu pusat beli-belah Posted: Berjuta-juta serbu pusat beli-belah
LONDON - Berjuta-juta orang menyerbu gedung perniagaan yang menawarkan diskaun sehingga 80 peratus semalam di Britain. Diskaun itu diberikan sempena cuti umum hari kedua perayaan Krismas yang dikenali sebagai Boxing Day di negara tersebut. Pusat beli-belah Brent Cross di utara London membuka pintunya dua jam lebih awal menyebabkan sehingga 10,000 orang membeli-belah dalam tempoh sejam ia dibuka. Kira-kira 1,000 orang sanggup menunggu selama dua jam di luar pusat beli-belah River Island, Topshop dan Zara. Seorang jurucakap menyatakan, secara puratanya sebanyak £7,000 (RM33,456) dibelanjakan setiap minit semalam. Diskaun 50 peratus diberikan untuk pakaian dan barangan kemas manakala 80 peratus untuk kasut. Semasa pusat beli-belah Selfridges di Oxford Street dibuka pada pukul 11 pagi, lebih 8,000 orang menunggu di luar bangunan tersebut berbanding 2,000 sahaja pada tahun lalu. Di pusat beli-belah Braehead dekat Glasgow, pembeli-belah sanggup menunggu di luar bangunan sebelum ia dibuka pada pukul 7 pagi. Pengurus Besar Braehead, Peter Beagley berkata: "Orang ramai memandu ke tempat letak kereta kami seawal pukul 5 pagi untuk menjadi kumpulan pertama membeli barangan jualan." - Agensi |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan