Isnin, 27 Disember 2010

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Amerika jangka militan al-Qaeda akan serang

Posted: 27 Dec 2010 11:50 AM PST

Dunia

ORANG ramai berpusu-pusu ke pusat beli-belah     Toys R Us store di New York's Times Square, kelmarin, meskipun pihak berkuasa mengambil langkah keselamatan menghadapi serangan pengganas.

ORANG ramai berpusu-pusu ke pusat beli-belah Toys R Us store di New York's Times Square, kelmarin, meskipun pihak berkuasa mengambil langkah keselamatan menghadapi serangan pengganas.

Beratus-ratus kamera dipasang di hotel, pusat beli-belah

WASHINGTON: Amerika Syarikat memperhebatkan kawalan keselamatan di 'sasaran mudah' seperti hotel dan pusat beli-belah, di samping stesen kereta api dan pelabuhan, dalam usaha menghadapi ancaman al-Qaeda, kata pegawai kanan, kelmarin.

Setahun selepas perancangan untuk meletupkan sebuah pesawat yang menuju ke AS digagalkan, Setiausaha Keselamatan Dalam Negeri, Janet Napolitano memberitahu program State of the Union menerusi Cable News Network (CNN) bahawa tempat tertentu dan pengangkutan awam kini diberikan pengawasan lebih rapi. "Kami mengawasi sasaran mudah – hotel, pusat beli-belah – semuanya pernah diawasi setahun lalu dan juga melatih kakitangan mereka mengenai cara untuk bertindak jika berlaku sesuatu," kata Napolitano.

Sejak ada cubaan untuk mengebom kawasan Times Square pada malam minggu di New York, Mei lalu, langkah diambil bagi memasang beratus-ratus kamera keselamatan sebagai sebahagian daripada perancangan untuk menambahkan kamera sehingga mencapai angka 3,000 unit.

September lalu, bandar raya ini mengaktifkan kira-kira 500 kamera pengawasan baru di tiga stesen kereta api bawah tanah paling sibuk - Times Square, Stesen Pennsylvania dan Grand Central.

"Mesej yang ingin kami sampaikan adalah segala-galanya lebih baik daripada tahun lalu, terutama pengawasan udara.
"Pada masa sama, kami juga menimbang beberapa langkah lain," kata Napolitano.
Ketika pengganas berusaha mengelakkan dikesan pengawal keselamatan di lapangan terbang dan mencari ruang baru, katanya, pihak berkuasa juga mengambil langkah untuk memperluaskan lagi pengawasan.

"Apa yang kami harus buat, mungkin mencari apa lagi yang mungkin dilakukan oleh mereka, kerana tugas kami bukan saja untuk bertindak tetapi perlu berfikir ke depan, apa yang akan berlaku.

"Justeru kami memperhebatkan langkah di bahagian hadapan pengangkutan, bukan kerana ada ancaman khusus di sana, tetapi kerana kami tahu, berdasarkan kejadian di Madrid dan London, bahawa ia salah satu sasaran bagi pengganas," kata Napolitano.

Serangan bom penyerang bunuh diri mengorbankan 52 orang pengguna bas dan tiga kereta api bawah tanah London pada 2005.

Dalam kejadian paling buruk di Eropah, 191 orang terbunuh dan hampir 2,000 cedera di Madrid pada Mac 2004 apabila 10 beg galas yang diisi dengan paku dan bahan letupan meletup dalam empat kereta api ketika kesesakan waktu pagi.

Pada sambutan Krismas tahun lalu, Umar Farouk Abdulmutallab, pemuda Nigeria yang mendakwa dilatih oleh al-Qaeda di Yaman, gagal meletupkan bom yang disembunyikan dalam seluar dalamnya ketika pesawat merentas lautan Atlantik yang penuh dengan penumpang sedang mendarat di Detroit.

Pihak berkuasa AS bertindak balas dengan memasang mesin pengesan baru dan melakukan pemeriksaan tubuh lebih rapi di lapangan terbang.

Napolitano berkata, penumpang antarabangsa di AS juga menghadapi pengawasan lebih ketat sebelum mereka tiba ke pintu masuk pesawat. – Agensi


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Polis siasat wanita mati hidup semula

Posted: 27 Dec 2010 11:49 AM PST

Sorry, Readability was unable to parse this page for content.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan