Isnin, 27 Disember 2010

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Tauke Playboy kahwin lagi

Posted: 26 Dec 2010 08:53 AM PST

CRYSTAL bakal jadi isteri ketiga Hefner.
CRYSTAL bakal jadi isteri ketiga Hefner.

HOLLYWOOD: Pemilik syarikat penerbitan majalah Playboy, Hugh Hefner memang terkenal kerana hubungannya dengan ramai wanita selama ini dan baru saja bercerai dengan isteri keduanya pada Mac lalu.

Namun, Hefner dikhabarkan sudah jatuh cinta kembali dan mengumumkan dia bersedia untuk berkahwin lagi, semalam. Taikun berusia 84 tahun itu memberitahu dalam blog Twitternya malam semalam yang dia dan teman wanitanya, Crystal Harris, 24, sudah pun bertunang.


Pada awal pagi Krismas kelmarin, dia menulis: "Selepas menonton wayang malam semalam, Crystal dan saya bertukar hadiah. Saya memberi Crystal sebentuk cincin pada malam Krismas yang benar-benar tidak dapat dilupakan.

Hefner turut menambah: "Ketika saya memberi Crystal cincin itu dia menangis. Ini adalah perayaan Krismas paling bahagia."


Untuk mengelak sebarang kekeliruan dia juga menulis: "Ya, cincin yang saya berikan kepada Crystal itu ialah cincin pertunangan. Saya tidak bermaksud untuk mewujudkan misteri mengenainya. Selamat Hari Krismas."


Crystal dilahirkan di Arizona oleh pasangan rakyat British dan kembali ke United Kingdom selepas kelahirannya. Namun, dia pulang semula ke Amerika Syarikat dua tahun kemudian dan menetap di San Diego, California.

Ketika belajar bidang psikologi di Universiti San Diego dia mula membabitkan diri dalam bidang peragaan dan mendapat perhatian majalah Playboy.


Dia bertemu Hefner pada perayaan Halloween 2008 dan mula menjalin hubungan dengan taikun itu pada Januari 2009 ketika Hefner masih berpacaran dengan peragawati kembar Kristina dan Karissa Shannon.

Bagaimanapun, Hefner mengakhiri hubungannya dengan kembar berkenaan Januari lalu dan sejak itu hanya setia dengan Crystal. - Agensi

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Kokain, marijuana disorok bersama kad Krismas

Posted: 26 Dec 2010 08:48 AM PST

DUBAI: Kastam Dubai semalam merampas sejumlah kokain dan marijuana yang diseludup masuk ke negara itu dengan kad Krismas yang tercatat 'ucapan khas untuk menceriakan Krismas anda.'

'Pegawai kastam di pejabat pos menggagalkan percubaan meyeludup 1,751 gram marijuana dan kokain ke Emiriah Arab Bersatu yang disorokkan dalam bungkusan mengandungi kad Krismas," lapor kenyataan jabatan kastam. Bungkusan itu tiba dari sebuah negara Asia dalam destinasi ke negara Asia lain melalui Dubai," tambah kenyataan jabatan itu. - AFP

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan