Kosmo Online - Dunia |
Posted: 141 orang maut di AleppoSEJUMLAH penduduk semalam mencari mangsa-mangsa yang terselamat dalam runtuhan bangunan akibat serangan peluru berpandu tentera Syria di Aleppo, Syria pada minggu lalu. BEIRUT - Sekurang-kurang 141 orang terkorban termasuk 71 orang kanak-kanak selepas tentera rejim Presiden Bashar al-Assad melancarkan empat serangan peluru berpandu ke atas Aleppo pada minggu lepas, kata pertubuhan hak asasi Human Right Watch semalam. Pertubuhan tersebut mengesahkan angka korban tersebut selepas beberapa penyelidik melawat kawasan serangan di utara Syria itu. Badan hak asasi manusia antarabangsa itu berkata, kesemua serangan mengenai kawasan penempatan penduduk. Bandar Aleppo yang merupakan bandar terbesar Syria menjadi medan pertempuran utama bagi menggulingkan pemerintahan Bashar. Menurut pertubuhan itu, serangan itu tidak mengikut undang-undang terhadap penduduk awam. Hasil lawatan sekumpulan penyelidik badan pemerhati itu, mendapati sekurang-kurangnya 20 buah bangunan musnah akibat terkena bedilan peluru berpandu. Konflik di Syria meletus pada Mac 2011 selepas para penentang melancarkan tentangan ke atas rejim Bashar kerana tidak berpuas hati dengan pemerintahannya. Mereka menuduh Bashar gagal untuk melakukan pembaharuan dalam pentadbiran dan hak kebebasan bersuara. - Agensi |
19 maut belon udara panas meletup Posted: 19 maut belon udara panas meletupDUA kakitangan ambulans mengangkat mayat mangsa belon udara panas yang meletup. KAHERAH - Sebuah belon udara panas meletup semasa ia terbang melintasi bandar Luxor semalam menyebabkan 19 orang terbunuh, kata seorang pegawai keselamatan. Antara yang terbunuh itu ialah pelancong Hong Kong, Jepun, Perancis dan Britain. Belon tersebut yang membawa 21 orang terbang pada ketinggian 300 meter di Qurna, Luxor. Ia meletup selepas berlaku kebakaran di Qurna. Dua orang yang terselamat termasuk pengendali belon tersebut dihantar ke hospital untuk menerima rawatan perubatan. Serpihan badan mangsa bertaburan di atas tanah selepas belon tersebut meletup. Gabenor Luxor, Ezzat Saad mengarahkan semua penerbangan belon dilarang ekoran kejadian itu. - Agensi |
Aktor Perancis diberi hadiah apartmen Posted: Aktor Perancis diberi hadiah apartmenREUTERS MOSCOW - Seorang pelakon terkenal Perancis yang memperoleh kerakyatan Rusia, Gerard Depardieu menerima hadiah seunit apartmen daripada pemimpin Republik Chechen, Ramzan Kadyrov, lapor agensi berita dpa semalam. Kadyrov kelmarin dilaporkan menyerahkan sendiri kunci kediaman itu kepada Depardieu. Apartmen yang terletak di ibu negara Chechen, Grozny itu memiliki lima buah bilik tidur. Dia berjaya memperoleh pasport Rusia setelah dibenarkan menjadi warga negara tersebut. Republik itu merupakan sebahagian daripada Rusia. Presiden Rusia, Vladimir Putin menyerahkan pasport negara itu kepada Depardieu yang berusia 64 tahun pada Januari lepas. Dia memohon kerakyatan Rusia selepas dilaporkan menentang cadangan untuk melaksanakan cukai ke atas para jutawan di Perancis. Bagaimanapun, dia menafikan tentangannya terhadap cadangan cukai tersebut menjadi punca dia menjadi warga Rusia. "Saya amat tertarik dengan sifat penduduk Rusia kerana diri saya juga seperti orang Rusia. "Saya memuja Vladimir Putin, Presiden anda," kata pelakon tersebut kepada rangkaian televisyen Rossiya 24. Depardieu pernah mengunjungi Chechen pada tahun lalu untuk meraikan ulang tahun kelahiran Kadyrov. Apabila pelakon tersebut menunjukkan pasport Rusia kepada Kadyrov, pemimpin Chechen itu mengundangnya untuk tinggal di wilayah tersebut. "Kami saling mengenali dengan baik semasa lawatan pertamanya. "Kami membincangkan beberapa projek. Saya percaya, lawatan itu akan menjadi produktif," kata Kadyrov kepada agensi berita Interfax. Sementara itu, Depardieu berkata, dia berminat untuk merakamkan filem di wilayah itu. "Ia munasabah untuk membuat rakaman itu di Grozny, merakamkan sebuah filem hebat," katanya kepada stesen televisyen NTV. Menurutnya, dia tidak akan mendedahkan semua maklumat tersebut buat masa ini. Pelakon itu pernah membintangi filem Cyrano de Bergerac and Green Card. Sementara itu, beberapa kumpulan hak asasi pernah mendakwa Kadyrov mempunyai kaitan dengan mengarahkan pembunuhan dan penyalahgunaan kuasa lain di Republik Chechen yang didominasi oleh orang Islam di utara Caucasus. Republik itu pernah terlibat dalam peperangan Chechnya yang mengorbankan lebih 100,000 orang pada tahun 1994 hingga 2000. - Agensi |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan