Harian Metro: Global |
Posted: Sydney: Seorang ibu muda yang dituduh mengamalkan sihir dibogel, disimbah dengan petrol dan dibakar hidup-hidup di depan orang ramai, termasuk kanak-kanak sekolah, di Papua New Guinea. Wanita itu, Kepari Leniata, 20, dilapor diseksa dengan besi dan diikat sebelum di simbah dengan minyak dan dibakar di atas longgokan sampah dan tayar kereta. Menurut akhbar Post Courier, dia dibakar penduduk kampung yang menuduhnya membunuh seorang budak lelaki berusia enam tahun dengan mengguna sihir. Polis tidak dapat menghalang perbuatan berkenaan ketika kejadian kerana kekurangan anggota berbanding penduduk kampung yang ramai itu. KAKI mangsa dapat dilihat di bawah tayar kereta ketika dia dibakar.
Polis berkata, mereka menyifatkan kes itu sebagai pembunuhan dan sudah mengambil langkah untuk mendakwa mereka yang bertanggung-jawab. Penduduk Papua New Guinea amat mempercayai sihir dan ramai tidak boleh menerima alasan semula jadi sebagai punca sakit, kemalangan atau kematian. Polis berkata, puluhan penduduk ditahan tahun lalu berkait dengan kes pembunuhan seorang lelaki yang dituduh membunuh tujuh orang dan makan otak mereka sementara kemaluan mereka dijadikan sup. Kes sihir dan kanibal di negara itu agak meluas beberapa tahun kebelakangan, termasuk satu laporan pada 2011 mengenai seorang lelaki memakan bayinya yang baru lahir. - AFP Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/08 |
Penduduk berang gantung harimau Posted: New Delhi: Sekumpulan penduduk kampung di India memukul seekor harimau bintang dan menggantungnya di pokok selepas haiwan itu menyerang tiga penduduk di negeri Assam. Kejadian berlaku di kampung Choriyakhola Bisiondoi, Golokgunj yang terkenal sebagai habitat haiwan itu.
Seekor harimau bintang dikatakan menceroboh masuk ke rumah seorang penduduk, Haren Roy sebelum menyerang mangsa serta dua lagi anggota keluarganya. Penduduk kampung yang bergegas ke rumah Roy selepas mendengar jeritan meminta tolong mengejar haiwan itu, lapor akhbar Business Standard of India.
Assam menyaksikan peningkatan serangan haiwan terhadap manusia sejak beberapa tahun lalu. Penduduk yang sebelum ini menghormati haiwan mula membunuh binatang itu berikutan berang dan ketakutan. Tiada statistik rasmi mengenai kematian harimau bintang yang dibunuh oleh penduduk, tetapi laporan tidak rasmi meletakkan angkanya adalah kira-kira 70 antara tahun 2005 hingga 2011, menurut Indian Express. Pada Mac tahun lalu sekurang-kurangnya lapan orang cedera apabila dua harimau bintang di Kamrup menyerang mereka di padang. Penduduk kampung membunuh seekor, manakala seekor lagi melarikan diri. - Agensi Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/08 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan