Berita Harian: Dunia |
Posted: 06 Feb 2013 12:05 PM PST Imam Al-Azhar minta Presiden Iran tidak campur tangan politik di Teluk Kaherah: Imam Besar Al-Azhar Sheikh Ahmed al-Tayyeb meminta Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad tidak campur tangan dalam hal ehwal politik Bahrain atau negara Teluk lain dan perlu mempertahankan hak minoriti Sunnah di negaranya. Saya berharap lawatan ini akan menjadi permulaan baru bagi perpaduan antara kedua-dua rakyat," Mahmoud Ahmadinejad, Presiden Iran Al-Tayyeb, menolak apa yang disifatkannya sebagai penyebaran ajaran Syiah di bumi Sunnah. Tayyeb, yang berkata demikian dalam kenyataan selepas bertemu Ahmadinejad, menuntut presiden Iran itu menghormati Bahrain sebagai negara Arab yang bersaudara dengannya dan tidak campur tangan dalam hal ehwal negara Teluk. Pertahan minoriti sunnah Beliau juga berkata, Ahmadinejad perlu mempertahankan hak minoriti Sunnah di negara berfahaman Syiah itu. "Saya berharap lawatan ini akan menjadi permulaan baru bagi perpaduan antara kedua-dua rakyat," katanya. Beliau juga menawarkan bantuan pinjaman dan kerjasama strategik dengan Mesir, namun mendapat sambutan dingin. "Perbincangan ini jujur," kata Shafie mengenai pertemuan Ahmadinejad dengan Tayyeb. Puak Syiah mencaci sebahagian sahabat yang dituduh merampas kuasa daripada sepupu baginda, Saidinia Ali, yang mereka percayai dilantik sebagai pewaris sah. Pada petangnya, Ahmadinejad dicemuh seorang lelaki yang juga cuba melempar kasut ke arah presiden Iran itu ketika beliau meninggalkan masjid Al-Hussein selepas solat, kata saksi. - AP |
Posted: 06 Feb 2013 11:58 AM PST Tunisa: Tokoh pembangkang terkemuka Tunisia, Chokri Belaid (gambar), ditembak mati di luar rumahnya semalam, mencetuskan bantahan oleh penyokongnya dan serangan ke atas pejabat parti Ennahda yang memerintah. Presiden Moncef Marzouki mengutuk pembunuhan Belaid, yang lantang mengkritik kerajaannya, dan menyifatkan ia sebagai pembunuhan berunsurkan kebencian, manakala pemimpin Ennahda, Rached Ghannouchi, berkata pembunuh mahu melakukan pertumpahan darah di Tunisia. - AFP |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan