Kosmo Online - Dunia |
Lagi kematian perusuh di Mesir Posted: Lagi kematian perusuh di Mesir
KAHERAH - Seramai dua orang dilaporkan mati dalam pertempuran yang berlaku melibatkan para penunjuk perasaan dan anggota polis berhampiran Dataran Tahrir semalam, kata polis. Kematian itu menjadikan jumlah kematian akibat keganasan di Mesir menyebabkan lebih 60 orang mati. Keganasan tersebut berlaku sejak Khamis lalu selepas sejumlah penduduk berhimpun di Kaherah bagi meraikan ulang tahun kedua kebangkitan rakyat. Kebangkitan rakyat itu menyebabkan Hosni Mubarak meletakkan jawatan sebagai Presiden pada 11 Februari 2011. Identiti kedua-dua mangsa itu masih belum dikenal pasti. Seorang mangsa dipercayai meninggal di tempat kejadian manakala seorang lagi meninggal dunia di hospital. Keganasan itu juga merebak menjadi tentangan terhadap pemerintahan Presiden Mohamed Morsi yang dipilih menerusi pilihan raya pada pertengahan tahun lalu. Berikutan kegawatan politik yang dicetuskan para penentang Morsi termasuk parti politik pembangkang berhubung dasar-dasar pemerintah, seorang pemimpin pembangkang, Mohamed ElBaradei menggesa dialog kebangsaan diadakan. Beliau yang merupakan pemenang Hadiah Nobel Keamanan berkata, semua kumpulan dan parti politik perlu menghentikan kekacauan yang berlaku di Mesir. Sementara itu, Morsi menegaskan di negaranya akan diperintah berdasarkan kedaulatan undang-undang dan bukannya undang-undang tentera. Menurutnya, Mesir sedang menuju ke arah pentadbiran yang baik dan mengikut undang-undang dalam negara yang moden. Beliau berkata, pilihan raya Parlimen akan diadakan dalam tempoh tiga atau empat bulan lagi. Morsi berada di Jerman dalam lawatannya ke nagara itu. Menurutnya, perintah berkurung yang dikenakan di tiga buah bandar di Mesir merupakan satu langkah yang sementara. Morsi berkata, ia akan ditarik balik selepas situasi stabil kembali semula di Mesir. - Agensi | |
Tentera AS cipta pesawat canggih Posted: Tentera AS cipta pesawat canggihPESAWAT Aeroscraft diletakkan di dalam hangar di sebuah bekas pangkalan tentera di Tustin, California pada 24 Januari lalu. TUSTIN, California - Tentera Amerika Syarikat (AS) telah mencipta sebuah prototaip pesawat Aeroscraft berteknologi tinggi yang boleh digunakan untuk membawa banyak muatan. Jabatan Pertahanan AS dan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) telah melaburkan dana sebanyak AS$35 juta (RM108 juta) dalam projek tersebut. Pesawat tersebut dilihat berpotensi untuk membawa lebih banyak kargo berbanding pesawat udara lain ke kawasan zon bencana selain anggota tentera ke medan perang. Badan pesawat itu dibina dengan menggunakan rangka aluminium dan gentian fiber yang kuat. Prototaip pesawat itu dibina oleh firma penerbangan AS, Worldwide Aeros. Pesawat itu digambarkan mirip pesawat penyelamat Thunderbirds 2. Ia kini menjalani ujian di hangar pada era Perang Dunia Kedua di sebuah bekas pangkalan tentera di sini. Pesawat berkenaan akan menjalani lebih banyak ujian sebelum ia boleh digunakan. Ujian penerbangan pertama telah diadakan pada 3 Januari lalu. Bagaimanapun, menurut jurutera kawalan penerbangan, Munir Jojo-Verge, cabaran terbesar juruterbang pesawat itu adalah untuk memastikan ia mampu menempuh angin kuat dan cuaca yang ekstrem lain. - Agensi | |
Posted: Kafe Barbie dibuka di TaipeiSEORANG pelayan menunjukkan menu makanan. TAIPEI, Taiwan - Sebuah kafe yang menampilkan tema patung permainan Barbie dibuka di sini semalam. Syarikat pembuat patung Mattel dari Amerika Syarikat memberi lesen kepada kumpulan Sinlaku untuk membuka restoran itu. Restoran tersebut menyediakan kerusi dan meja yang berwarna merah jambu. Para pelayan wanita turut memakai pakaian seragam yang sama. Kek-kek patung itu turut disediakan untuk para pengunjung. Patung-patung Barbie juga dipamerkan di restoran tersebut. - AFP |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan