Berita Harian: Dunia |
Taliban serang polis Kabul sembilan jam Posted: 21 Jan 2013 08:32 AM PST Kabul: Ibu pejabat polis di ibu negara Afghanistan diserang pasukan penyerang bunuh diri Taliban awal semalam menyebabkan tiga anggota keselamatan terbunuh. Tembak menembak antara polis dan militan itu berlangsung selama sembilan jam yang menyaksikan askar Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) cuba membantu pasukan keselamatan.
Tiga daripada lima penyerang terbunuh dalam serangan itu manakala dua lagi yang membawa bom berada dalam bangunan lima tingkat di barat Kabul itu dan menembak anggota keselamatan sebelum mati ditembak. Semuanya sudah berakhir. Dua pengganas terakhir sudah mati dan mereka tidak sempat meletupkan bom yang dipakai pada badan, kata Ketua Polis Kabul, Jeneral Mohammad Ayoub Salangi. Sebab keadaan berlanjutan begitu lama bagi menundukkan dua lelaki itu adalah kerana anggota polis berhati-hati. Ada banyak dokumen penting di dalam bangunan itu jadi kami perlu berhati-hati supaya tidak merosakkannya, katanya lagi.
Jurugambar agensi berita berkata, askar Norway dilihat turut menembak militan berkenaan. Militan dilaporkan menyerang ibu pejabat polis kerana percaya kemudahan latihan pasukan keselamatan dikendalikan tentera asing. Serangan kali ini berlaku kurang seminggu selepas sekumpulan penyerang bunuh diri menyerang ibu pejabat perisikan di Kabul menyebabkan seorang pengawal maut dan berpuluh-puluh orang awam cedera.
|
Posted: 21 Jan 2013 08:31 AM PST New Delhi: Siasatan DNA ke atas pakaian dipenuhi darah dan calitan tubuh mengaitkan lima lelaki dan seorang juvana yang merogol secara beramai-ramai dan membunuh seorang wanita di sini, menyediakan cukup bukti untuk mendakwa mereka. Pendakwa raya berkata kes mereka juga akan bergantung kepada rekod telefon bimbit dan keterangan mangsa dan seorang rakan lelaki yang diserang bersamanya di dalam sebuah bas bergerak di ibu negara India itu 16 Disember lalu. Bagaimanapun, perbicaraan mungkin diadakan secara tertutup.
Mereka berkata pembelaan juga akan berhujah bahawa kes itu tidak selamat kerana polis bergegas menjalankan siasatan selepas kemarahan rakyat terhadap kes itu. Dua daripada empat peguam bela berkata anak guam mereka diseksa ketika di dalam tahanan supaya membuat pengakuan yang kelihatan mencurigakan. Semua kenyataan seolah-olah sama. Ia seperti seseorang sudah membacanya kepada mereka, kata peguam Manohar Lal Sharma kepada Reuters. Seorang jurucakap polis enggan mengulas berhubung pengakuan itu dan menegaskan adalah menjadi dasar jabatan itu untuk tidak menjawab dakwaan yang dibuat.
Seorang pegawai lain berkata tertuduh perlu menjalani ujian perubatan dalam tahanan dan jika mereka dipukul, ia akan kelihatan dan jika peguam serius berhubung tuduhan itu, mereka perlu ke mahkamah berbanding menyiarkan pandangan menerusi media.
|
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan