Berita Harian: Dunia |
Posted: 20 Nov 2012 02:40 PM PST Israel, Hamas saling berbalas mesej, muat naik video serangan Baitulmaqdis: Perang kini memasuki era baru kerana jika sebelum ini istilah berkenaan hanya merujuk kepada penggunaan senjata tetapi sekarang ia bertukar menjadi 'serangan' di media sosial seperti Twitter. Perkara yang sama turut berlaku di Asia Barat ketika Israel menggempur wilayah Gaza di Palestin. Muat naik video Kedua-dua akaun Twitter terbabit saling berperang dengan menyebut pihak musuh. IDF turut memuatkan sejumlah video serangan pesawat gempurnya ke Semenanjung Gaza termasuk serangan yang menewaskan komandan kanan Hamas, Ahmad Jaabari sebelum ini. Sementara itu akaun milik Brigade Alqassam juga enggan mengaku kalah dengan membalas dan menyebut IDF dalam setiap tweet mereka yang berisi nada ancaman. Masing-masing turut memuatkan pautan video YouTube yang menampilkan serangan yang dilakukan mereka. Alat propaganda Penggunaan media sosial seperti Twitter sebagai alat propaganda sendiri sebenarnya melanggar peraturan yang menentang kekerasan dan ancaman dalam media sosial. Bagaimanapun, berdasarkan pemerhatian dari firma Enders Analysis, Benedict Evans, perkara terbabit membuatkan Twitter dalam keadaan sulit. - Agensi |
Ban gesa segera laksana gencatan senjata Posted: 20 Nov 2012 02:38 PM PST Kaherah: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon semalam menggesa semua pihak di dalam konflik Gaza segera melaksanakan gencatan senjata, sambil memberi amaran bahawa persengketaan yang berlarutan akan membahayakan seluruh rantau. "Semua pihak perlu menangguhkan pertempuran dengan segera," kata Ban ketika operasi tentera Israel terhadap militan di Gaza memasuki hari ketujuh.
"Saya di sini untuk merayu secara peribadi bagi menamatkan keganasan," katanya bersama ketua Liga Arab, Nabil el-Araby selepas keduanya mengadakan mesyuarat tergempar. Ban kongsi kebimbangan Beliau dan Arabi katanya, berkongsi kebimbangan yang sama mengenai kehilangan lebih ramai nyawa manusia di Gaza. Serangan balas darat Israel ke atas Gaza hanya akan menyebabkan tragedi lebih buruk, kata Ban.
Ketua PBB itu kemudian ke Kaherah untuk melawat Tel Aviv, kata seorang pegawai di lapangan terbang. Beliau bakal bertemu perdana menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan presiden Palestin, Mahmud Abbas. Peluang akhiri krisis Mesir yang menjadi orang tengah dalam rundingan antara pasukan Hamas diketuai Khaled Meshaal bersama seorang lagi wakil Israel, di mana seorang pegawai Mesir berkata, untuk menghasilkan 'persetujuan yang memberangsangkan' bagi mengakhiri krisis. Ban berkata, mempunyai kebimbangan yang sah tetapi beliau dalam lawatannya itu akan menggesa kepimpinan Israel untuk mengakhiri keganasan dan menegaskan bahawa Israel perlu menghormati tanggungjawab di bawah undang-undang antarabangsa. Usaha antarabangsa ditingkatkan untuk menamatkan krisis dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hilary Clinton akan mengadakan mesyuarat dengan Netanyahu dan Abbas minggu ini. - AFP |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan