Sabtu, 17 November 2012

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Golongan Salafi tuntut laksana Syariah

Posted: 10 Nov 2012 01:55 PM PST

Kaherah: Beribu-ribu penyokong kumpulan Salafi berkumpul di Dataran Tahrir sebelum solat Jumaat kelmarin bagi menggesa undang-undang Syariah dilaksanakan segera di Mesir.

Kira-kira 10,000 penunjuk perasaan mendesak Presiden Mohamed Morsi bertindak segera melaksanakan hukum Islam. Mereka memenuhi dataran itu sambil melaungkan, "Rakyat mahu undang-undang Allah dilaksanakan."

Mesir sedang merangka Perlembagaan baru selepas revolusi dan Syariah mengundang kontroversi - membahagikan golongan Islam dan sekular. Ikhwanul Muslimin ingin melaksanakan undang-undang Islam secara perlahan-lahan sebaliknya Salafi menggesa ia disegerakan. - Agensi

Suu Kyi, Thein Sein perlu usaha sekat keganasan

Posted: 10 Nov 2012 01:50 PM PST

YANGON: Presiden Thein Sein dan pemimpin pembangkang, Aung San Suu Kyi, perlu menunjukkan kepemimpinan moral jika Myanmar mahu mengekang keganasan kaum antara Muslim dan Buddha, kata Kumpulan Krisis Antarabangsa (ICG) semalam.

Ketegangan menyebabkan sekurang-kurangnya 180 maut sejak Jun lalu dan menyebabkan 110,000 lagi kehilangan tempat tinggal, kebanyakannya penduduk Muslim Rohingya di negeri Rakhine mendorong masyarakat antarabangsa menggesa presiden dan Suu Kyi mempertahankan kumpulan minoriti.

"Ketegangan di Rakhine mewakili kemunduran yang amat membimbangkan, daripada pembaharuan selepas berdekad di bawah pemerintahan junta. Inilah masanya apabila pemimpin politik perlu bangkit berdepan cabaran tinjauan membentuk pendapat berbanding sekadar mengikutnya.

"Kegagalan berbuat demikian akan menjejaskan negara," kata kumpulan hak beribu pejabat di Brussels dalam laporan mengenai krisis itu yang dijadualkan dikeluarkan esok.

Menggesa kerajaan mengekang retorik nasionalis daripada etnik Rakhine, yang beragama Buddha, laporan memberi amaran mengenai ancaman kebangkitan politik identiti di Myanmar ketika pembaharuan memberikan kebebasan kepada kumpulan berkepentingan.

Keadaan di Rakhine memerlukan kepemimpinan moral oleh Presiden Thein Sein dan Aung San Suu Kyi bagi mengelakkan ia menular dan menyumbang kepada penyelesaian jangka panjang, menurut kajian.

Beratus-ratus maut dan beribu rumah dibakar dalam keganasan terbaru bulan lalu dan ICG mendesak kerajaan memastikan kem untuk penduduk yang kehilangan rumah tidak menjadi pelopor kepada pengasingan Rakhine dan Rohingya. –AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan