Ahad, 7 Oktober 2012

Kosmo Online - Dunia

Kosmo Online - Dunia


Jaket peluk untuk pengguna Facebook

Posted:

Jaket peluk untuk pengguna Facebook

KINI, pengguna Facebook boleh merasakan seperti dipeluk sewaktu memakai jaket Like-A-Hug dan rakan mengklik butang "Like" pada status mereka.


SAN FRANCISCO - Sehelai jaket yang dibangunkan oleh Institut Teknologi Massachusetts (MIT) membolehkan pengguna laman sosial Facebook berpeluk antara satu sama lain tidak kira di mana pun mereka berada.

Jaket yang dikenali sebagai Like-A-Hug itu dipamerkan pada Jumaat di laman web perekanya, Melissa Kit Chow.

Disifatkan sebagai 'media sosial yang boleh dipakai', jaket tersebut akan mengembung dan memberikan perasaan seperti dipeluk kepada pemakainya apabila rakan-rakan di Facebook mengklik "Like" pada status yang ditulis.

Chow bekerjasama dengan Andy Payne dan Phil Seaton di Makmal Media MIT untuk menghasilkan jaket berwarna hitam itu.

" Like-A-Hug membolehkan kita berasa lebih rapat biar pun jarak fizikal adalah jauh," kata Chow. - AFP

Kerajaan Filipina rugi RM7.5 bilion

Posted:

Kerajaan Filipina rugi RM7.5 bilion

GLORIA MACAPAGAL ARROYO


MANILA - Filipina mengalami kerugian sebanyak AS$2.46 bilion (RM7.5 bilion) berikutan salah guna dana dan harta negara sewaktu tahun-tahun akhir pentadbiran bekas presidennya, Gloria Macapagal Arroyo, jelas Suruhanjaya Audit semalam.

Suruhanjaya Audit mendedahkan keraguan-keraguan yang kebanyakannya berlaku sekitar tahun 2007 hingga 2009 dalam siasatan yang melibatkan lebih 61,000 agensi kerajaan pada tahun lalu.

"Kebanyakan hasil siasatan audit dikategorikan sebagai kerugian kewangan kerajaan akibat pelanggaran undang-undang dan peraturan," jelas laporan yang disiarkan buat pertama kali di laman webnya semalam.

Lebih 4,000 kes perbelanjaan tidak sah, pemberian wang pendahuluan yang tidak direkodkan, tuntutan palsu, aset hilang dan projek terbangkalai menjadi punca kerugian tersebut. Jumlah itu bersamaan dengan 5.6 peratus bajet kerajaan Filipina untuk tahun ini.

Antara dana yang disalah guna ialah wang untuk keluarga miskin yang diberi setiap bulan bagi memastikan anak-anak mereka boleh terus bersekolah.

Ketua Audit Negara, Grace Tan dalam satu surat kepada akhbar-akhbar di Manila menyatakan bahawa audit dilakukan ke atas perbelanjaan tahun 2010, sebaik sahaja Aquino Benigno dilantik sebagai Presiden Filipina.

"Kerugian kewangan tidak semestinya disebabkan oleh rasuah. Hanya mahkamah boleh membuat keputusan mengenai kes rasuah," kata Tan.

Aquino dikatakan telah mengarahkan seorang peguam antirasuah khas untuk menfailkan pendakwaan ke atas mereka yang bertanggungjawab dalam 744 kes.

Arroyo kini ditahan di sebuah hospital tentera di Manila selepas dituduh menggunakan wang dana loteri negeri berjumlah AS$8.8 juta (RM27 juta) untuk kempen pilihan rayanya. - AFP

Alec Baldwin sanggup potong gaji

Posted:

Alec Baldwin sanggup potong gaji


ALEC BALDWIN dan isteri, Hilaria Thomas pada majlis mengumpul dana di New York pada 4 Oktober lalu.


LOS ANGELES - Pelakon Hollywood, Alec Baldwin pada Khamis lalu menyatakan dia sanggup gajinya dipotong sebanyak 20 peratus demi memastikan sitkom komedi 30 Rock terus dapat disiarkan.

Sitkom yang pernah memenangi anugerah Emmy itu kini sedang dalam musim ketujuh dan terakhirnya.

Dalam laman Twitter miliknya, Baldwin menulis: "Saya menawarkan NBC supaya memotong gaji sebanyak 20 peratus bagi membolehkan musim ketujuh dan kelapan 30 Rock disiarkan.

"Saya sedar masa sudah berubah. Saya pun sudah memikirkan untuk berehat buat sementara waktu." - Reuters

Tiada ulasan:

Catat Ulasan