Isnin, 10 September 2012

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


3 duta global panda dicari

Posted: 10 Sep 2012 02:50 PM PDT

Shanghai: Pertubuhan Chengdu Panda Base dengan kerjasama WildAid melancarkan kempen 'Global Pambassador 2012' iaitu satu pertandingan selama tiga bulan bertujuan meningkatkan pemahaman dan kesedaran mengenai usaha melindungi beruang gergasi panda.

Kempen itu juga akan memilih tiga pencinta panda yang bercita-cita melindungi spesies diancam kepupusan itu selain mempunyai semangat tanggungjawab sosial.

Mereka akan bertugas sebagai duta global panda atau 'Chengdu Pambassador' selama setahun dan diminta menyertai 'Jelajah Melindungi Panda Global' pada 2013.
Pelancaran kempen itu diserikan kehadiran bintang sukan bola keranjang China, Yao Ming yang menunjukkan sokongannya kepada usaha berkenaan.

'Chengdu Pambassador 2012' adalah susulan kepada program 2010 program yang mencapai kejayaan besar.

Dalam program itu, enam finalis dipilih daripada lebih 60,000 aktivis seluruh dunia selepas mereka menghantar permohonan online untuk diberi peluang menjadi petugas panda di Chengdu selama sebulan.

Menggunakan tema 'Panda Quest -- Be the next Pambassador', program tahun ini mengubah fokus daripada pembiakan dan penjagaan panda kepada melepaskannya ke habitat asal.
Peserta yang ke final perlu belajar mengenai habitat asal haiwan itu selain turut sama dalam aktiviti membebaskannya selepas beberapa lama dalam jagaan manusia.

"Langkah seterusnya ialah memperkuat dan meningkatkan bilangan panda dengan membebaskan mereka semula ke pada hidupan liar," kata Pengarah Chengdu Panda Base, Dr Zhang Zhihe.

"Menerusi pemerhatian teliti dan berhati-hati, matlamat kami ialah memastikan haiwan itu terus membiak di alam semula jadi," katanya lagi.

Ada peserta yang memulakan pertandingan meneruisi Facebook. - Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan