Harian Metro: Global |
Posted: 23 Aug 2012 09:29 AM PDT LONDON: Putera Harry pulang ke Britain semalam selepas tercetusnya berita yang menggemparkan apabila fotonya berparti dalam keadaan bogel bersama seorang wanita yang bertelanjang tersebar di seluruh dunia. Harry menanggalkan pakaian ketika bermain permainan 'strip billiards' selepas dia dan rakannya menjemput sekumpulan wanita dan dibawa memasuki bilik hotel mereka di Vegas. Satu foto yang diambil dengan mengguna telefon bimbit menunjukkan Harry menutup kemaluannya sambil seorang wanita bogel berdiri di belakangnya. Dalam foto lain, Harry memeluk seorang wanita dari belakang sambil memegang bola snooker. Kedua-duanya dilihat bertelanjang.
Sumber diraja berkata, Harry, anggota tentera dan juruterbang helikopter Apache hanya cuba 'menenangkan tekanan' sebelum kembali bertugas. Dia dijangka dihantar ke Afghanistan hujung tahun ini. Sumber tentera berkata, kepemimpinan tinggi tentera hanya 'memandang ringan' mengenai kenakalan Harry itu. Walaupun dia akan diberikan teguran tegas, dia tidak akan berdepan dengan sebarang tindakan disiplin kerana berbuat demikian ketika bercuti. Foto berkenaan mencetuskan pertikaian mengenai tahap keselamatan putera berusia 27 tahun itu dan peranan pengawal peribadinya. Pegawai tidak akan mengulas mengenai foto berkenaan dan enam pengawal keselamatan yang melindunginya juga tidak akan disoal. Harry yang mewakili Ratu Elizabeth pada acara penutup Olimpik berparti di Vegas bersama rakannya di Kolej Eton, Tom Skippy Inskip, 27, dan anak lelaki peniaga senjata yang kaya-raya, Arthur London, 30. Parti bogel dihadiri mereka berlangsung selama 72 jam di Sin City. Ia berlaku pada malam Sabtu di bilik rakannya, di hotel Wynn yang eksklusif. Seorang daripada rakannya mendedahkan: "Harry dan rakannya memulakan malam mereka dengan makan malam. Kemudian mereka minum arak di bar hotel sebelum bertemu dengan sekumpulan wanita dan mengundang mereka untuk berparti. - TS Artikel ini disiarkan pada : 24/08/2012 |
Gaga lebih berpengaruh daripada Ratu Posted: 23 Aug 2012 09:27 AM PDT LONDON: Lady Gaga dengan rasminya lebih berpengaruh daripada Ratu Elizabeth, menurut satu kaji selidik terbaru, semalam. Penyanyi Born This Way itu menduduki tangga lebih tinggi berbanding monarki Britain berkenaan dalam kaji selidik tahunan majalah Forbes terhadap wanita paling berkuasa di dunia.
Seorang lagi wanita Britain yang turut tersenarai ialah penulis Harry Potter, J K Rowling, 47, yang berada di tangga ke-78. Penyanyi Crazy In Love, Beyonce turut berada dalam senarai 100 wanita paling berkuasa di dunia - di tangga ke-32, enam tangga diatas Jennifer Lopez. Canselor Jerman, Angela Merkel dan Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton adalah wanita paling berkuasa di dunia apabila menduduki tempat pertama dan kedua.
Artikel ini disiarkan pada : 24/08/2012 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan