Ahad, 15 Julai 2012

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Hormati keputusan pilihan raya: Hillary

Posted: 15 Jul 2012 02:03 PM PDT

Setiausaha Negara AS mahu tentera pulih demokrasi Mesir

Kaherah: Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton, semalam mengadakan rundingan dengan pemimpin atasan tentera Mesir, beberapa jam selepas menggesa mereka membantu melicinkan peralihan negara itu kepada sistem demokrasi. Clinton tiba di Mesir konflik antara Presiden Mohamed Morsi dan Majlis Agung Pasukan Bersenjata (SCAF) berterusan.

Demokrasi memang sukar. Ia memerlukan dialog dan janji serta politik sebenar. Kami terdorong dan mahu membantu". - Hillary Clinton, Setiausaha Negara Amerika Syarikat

Sehari selepas pertemuan pertamanya dengan Morsi, Clinton mengadakan rundingan dengan Marshal Hussein Tantawi pemimpin tentera sementara negara itu selepas Presiden Hosni Mubarak digulingkan.

Clinton berulang kali menggesa tentera menghormati keputusan pilihan raya dan memberitahu sidang akhbar rundingannya dengan Tantawi memberi tumpuan kepada usaha mengembalikan peranan tentera sebagai pengawal keselamatan negara.

Morsi, terkunci dalam ketegangan dengan tentera selepas mengarahkan Parlimen bersidang semula, melanggar keputusan tentera membubarkan Parlimen.

Ketika Morsi dipuji penyokongnya, beliau dikritik pembangkang yang menuduh pemimpin itu melangkaui kuasanya.
Clinton berkata, amat jelas rakyat Mesir berada di tengah rundingan sukar mengenai peralihan termasuk membentuk Parlimen, Perlembagaan baru dan kuasa penuh presiden.

"Demokrasi memang sukar. Ia memerlukan dialog dan janji serta politik sebenar. Kami terdorong dan mahu membantu. Namun kami tahu ia bukan Amerika yang menentukannya sebaliknya, ia terpulang kepada rakyat Mesir untuk memutuskannya," katanya.

Amerika menyokong peralihan penuh kepada pemerintahan awam, kata Clinton, sambil menambah bagaimanapun beliau mahu memuji majlis tentera kerana mewakili rakyat Mesir dalam revolusi.

Sementara itu, beratus-ratus penunjuk perasaan berkumpul di luar kedutaan Amerika dan kemudian di hotel penginapan Clinton untuk mengutuk apa yang dikatakan campur tangan Amerika dalam hal ehwal dalaman Mesir, lapor agensi berita MENA. - AFP

Saudi kecam Russia isu tunjuk perasaan

Posted: 15 Jul 2012 01:56 PM PDT

Riyadh: Arab Saudi mengecam pegawai Russia kerana kenyataan yang dibuat berikutan ketegangan di timur negara itu dan berkata ia adalah campur tangan secara terbuka dalam hal ehwal negara itu, menurut laporan.

Ia menuduh pesuruhjaya bagi hak asasi manusia Kementerian Luar Russia, Konstantin Dolgov, cuba mengalih perhatian daripada pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan sekutu rapat Moscow, Syria. "Arab Saudi mengecam keras kenyataan Dolgov," kata Kementerian Luar Arab Saudi dalam kenyataan lewat kelmarin yang dilaporkan agensi berita rasmi SPA.
Dolgov, dalam kenyataan yang disiarkan minggu lalu di laman web Kementerian Luar Russia, meluahkan kebimbangan berhubung pertempuran antara polis Arab Saudi dengan penunjuk perasaan Syiah di daerah Qatif yang menyebabkan dua pembantah maut.

Beliau memberi amaran negara itu akan mempengaruhi secara negatif kestabilan masyarakat awam di Arab Saudi. Dolgov turut menyarankan supaya negara itu mengambil semua langkah yang perlu untuk menyelesaikan keadaan di timur negara itu, bagi mengelakkan konflik, termasuk konfrontasi berdasarkan perbezaan fahaman agama. - AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan