Rabu, 20 Jun 2012

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Ibu lemaskan 2 anak di hotel

Posted: 19 Jun 2012 11:26 AM PDT

MADRID: Juri mahkamah semalam diberitahu, seorang ibu membunuh dua anaknya ketika mangsa tidur dan menghabiskan malam itu bersama mayat mereka.

Dalam hujah pembukaannya, pendakwa, Victor Pillado Quintas, berkata kira-kira jam 9 malam pada 17 Mei 2010, tertuduh berada dalam bilik 101 sebuah hotel di Costa Brava bersama dua anaknya.


"Walaupun menyedari usia muda mangsa dan sifat mereka yang tidak mampu bertindak balas, defendan mengambil kesempatan atas kepercayaan sebagai ibu dengan memangku anaknya dan memasukkan kepala mangsa ke beg dalam sebelum menjerut leher mereka," katanya.

Lianne Smith, 45, sebelum ini mengaku melemaskan anaknya, Rebecca Smith, lima, dan Daniel, 11 bulan, dengan beg plastik di hotel berkenaan.


Lianne dibicarakan di Mahkamah Wilayah Girona semalam bagi membolehkan juri memastikan sama ada dia bertanggungjawab secara jenayah atas kematian kedua-dua anaknya.


Peguam bela memohon Lianne dibebaskan atas alasan dia mengalami "gangguan psikiatrik" ketika kejadian di Hotel Miramar di Lloret de Mar itu.

Jika disabitkan kesalahan, Lianne boleh dipenjara 38 tahun.


Quintas berkata, Lianne tidak berhenti mengetatkan jerutan beg plastik itu sehingga yakin anaknya mati.

Selepas membunuh Daniel, kata Quintas, Lianne melakukan perbuatan sama ke atas Rebecca.


"Selepas membunuh dua kanak-kanak terbabit, tertuduh bermalam bersama mayat anaknya," katanya.


Pembunuhan itu berlaku sejurus selepas pasangan Lianne, Martin Smith, ditahan polis Sepanyol di Barcelona yang bertindak melaksanakan waran tangkap Eropah.


Smith kemudian dihantar pulang ke Britain. Keluarga itu menetap di Sepanyol sejak 2007 selepas menarikan diri dari Lichfield di Staffordshire, apabila Smith dituduh melakukan penderaan seksual ke atas seorang budak perempuan. Menurut Quintas, pada jam 1.30 petang keesokan harinya, Lianne pergi ke lobi hotel dan meminta kakitangan di situ menghubungi polis serta ambulans.


Dia juga mengaku membunuh anaknya kepada polis. - DM


Microsoft perkenal Surface untuk cabar pasaran iPad Apple

Posted: 19 Jun 2012 11:18 AM PDT

LOS ANGELES: Microsoft semalam mempamerkan komputer tablet pertamanya, Surface, dalam usaha mereka bersaing dengan iPad keluaran Apple.

Ketua Pegawai Eksekutif Microsoft, Steve Ballmer, menggambarkan pencabar ipad itu - dilengkapi penutup yang juga berfungsi sebagai papan kekunci - sebagai tablet yang berfungsi untuk "kerja dan bermain-main." Surface juga menjadi nama kepada komputer skrin sesentuh yang dikeluarkan Microsoft untuk pasaran bisnes di restoran, kedai, bar serta tempat lain. Orang ramai yang menghadiri majlis di sebuah studio Hollywood itu begitu teruja ketika pelbagai ciri Surface dibentangkan.


Majlis berkenaan juga sempat membuat Presiden Windows dan Windows Live, Steven Sinofsky, cemas seketika apabila model pertama Surface yang diperkenalkannya gagal bertindak balas terhadap sentuhan.

Sinofsky berhenti seketika bagi mengambil unit lain dan lega apabila alat itu berfungsi sepenuhnya. Surface beroperasi menggunakan perisian Windows RT yang dihasilkan untuk cip peranti mudah alih ARM. Menurut Ballmer, Surface adalah peranti perkomputeran baru yang diperkenalkan Microsoft.


"Ia menyatukan kelebihan perkakasan dan perisian yang saling bersaing," katanya. Microsoft tidak menyatakan secara khusus bila Surface akan berada di pasaran tetapi dipercayai dijual serentak dengan pengeluaran perisian Windows 8 akhir tahun ini. - AFP


Tiada ulasan:

Catat Ulasan