Kosmo Online - Dunia |
Suu Kyi angkat sumpah di parlimen Posted: Suu Kyi angkat sumpah di parlimen
NAYPYITAW, Myanmar - Ketua pembangkang Aung San Suu Kyi mengangkat sumpah sebagai anggota parlimen Myanmar semalam. Suu Kyi menjadi wakil rakyat buat kali pertama sejak beliau berjuang menentang pemerintahan autokratik di Myanmar hampir suku abad lalu. Kehadiran pemimpin pembangkang berusia 66 tahun itu ke dalam parlimen itu menandakan bermulanya era politik baharu di Myanmar. Perkembangan tersebut mencetuskan situasi tegang antara parti pimpinan Suu Kyi dan pentadbiran reformis pimpinan Presiden Thein Sein yang mewarisi kuasa daripada tentera Myanmar pada tahun lalu. Parti Liga Kebangsaan Untuk Demokrasi (NLD) yang dianggotai Suu Kyi menguasai 43 daripada 644 kerusi Parlimen untuk mencabar parti pemerintah. Terdapat juga kebimbangan bahawa kehadiran sebilangan wakil rakyat NLD di Parlimen dijadikan alasan bahawa demokrasi telah bertapak di Myanmar walaupun tanpa pembaharuan sebenar. Upacara mengangkat sumpah berkenaan berlangsung di ibu negara Myanmar, di sini. Dengan memakai bunga ros putih di rambutnya, Suu Kyi berdiri bersama beberapa puluh wakil rakyat NLD ketika speaker meminta mereka membaca lafaz angkat sumpah sebagai anggota Parlimen. Pencapaian Suu Kyi menandakan perubahan besar selepas beliau dikenakan tahanan rumah sejak dua dekad lalu sebelum dibebaskan hujung 2010. Suu Kyi dan anggota-anggota NLD sebelum ini enggan menyertai parlimen apabila sesi terbaharu bermula pada 23 April lalu kerana membantah penggunaan ayat "menjaga perlembagaan negara". Mereka sebaliknya mahu perkataan 'menjaga' ditukar kepada 'menghormati' dan berikrar akan menukar perlembagaan Myanmar yang digubal oleh junta tentera. Namun, pada Isnin lalu, Suu Kyi tiba-tiba menukar pendirian dengan berkata: "Politik melibatkan tolak ansur. "Kita bukan berputus asa tetapi akur kepada aspirasi rakyat". - AGENSI | |
Posted: Taliban beri amaranBEBERAPA penduduk menolak sebuah kereta yang remuk akibat satu serangan Taliban di Kabul semalam.- AGENSI KABUL, Afghanistan – Kumpulan Taliban memberi amaran akan melancarkan "serangan musim bunga" di Afghanistan bermula hari ini. Pengumuman semalam itu dibuat beberapa jam selepas satu serangan nekad dilancarkan ke atas pekarangan kompleks perumahan warga asing di ibu kota Afghanistan di sini yang meragut nyawa tujuh orang. Serangan berlaku selepas Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama membuat lawatan mengejut ke lokasi berkenaan. Serangan Taliban berlaku pada setiap tahun selepas salji musim sejuk cair yang memudahkan mereka bergerak dan menyerang musuh. Musim bunga menyaksikan peningkatan mendadak serangan militan di seluruh Afghanistan berikutan usaha Taliban untuk menguasai semula wilayah yang dikuasai tentera pemerintah. – AGENSI | |
Jet MiG digelar 'keranda terbang' Posted: Jet MiG digelar 'keranda terbang'GAMBAR fail menunjukkan jet MiG-21 berlepas dari sebuah pangkalan Tentera Udara India di Kalikunda, India pada 29 September 2011. - AFP NEW DELHI - Koleksi jet pejuang MiG buatan bekas negara Kesatuan Soviet (USSR) dilaporkan tidak popular dalam kalangan juruterbang Tentera Udara India sehingga ia digelar 'keranda terbang' oleh mereka. Gelaran memalukan itu dibuat ekoran banyak kemalangan melibatkan jet MiG berlaku sejak beberapa dekad lalu. Menteri Pertahanan, A.K. Antony berkata, terdapat 482 nahas udara melibatkan pelbagai jenis MiG sejak 30 tahun lalu. "Sepanjang tempoh tersebut, seramai 171 juruterbang, 39 orang awam, seorang kakitangan perkhidmatan dan seorang kru udara telah kehilangan nyawa," kata Antony kepada Parlimen India semalam. Menurutnya, India memiliki 873 buah pesawat MiG pelbagai jenis yang masih beroperasi. Pengunaan pesawat MiG oleh India bermula pada tahun 1966 dengan pembelian jet pemintas MiG-21 dan jet berkelajuan tinggi MiG-25. Tentera udara India turut menggunakan jet serangan darat MiG-27 diikuti generasi keempat jet pejuang MiG-29. Pakar-pakar menyatakan, majoriti nahas yang berlaku melibatkan jet MiG-21. Lebih 50 buah negara menggunakan jet itu sejak ia dibangunkan oleh USSR dalam tahun 1950-an. Kemalangan melibatkan MiG-21 yang kerap berlaku turut menjadi inspirasi untuk penerbitan filem Bollywood, Rang De Basanti pada 2006. Pada tahun 2003, saudara mara seorang juruterbang MiG-21 yang terbunuh berkempen supaya pihak tentera tidak lagi menggunakan pesawat lama berkenaan. Pemerintah India merancang menggantikan jet MiG dengan 123 buah pesawat tempur moden dalam urus niaga bernilai AS$12 bilion (RM36.37 bilion). Firma Perancis, Dassault Aviation memperoleh hak rundingan untuk menjual pesawat Rafale kepada India pada Januari lalu. - AFP |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan