Khamis, 3 Mei 2012

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Nadya berlakon filem porno

Posted: 02 May 2012 09:46 AM PDT

LOS ANGELES: Nadya Suleman, wanita yang melahirkan anak kembar lapan, bersetuju berlakon dalam sebuah filem porno untuk membantunya membayar hutang berjumlah lebih RM3 juta.

Nadya, 36, mempunyai enam anak sebelum melahirkan kembar lapan itu, tiga tahun lalu.


Dia kini sudah memfailkan untuk mengisytiharkan dirinya muflis selepas gagal membayar hutang, termasuk hutang rumah, bil elektrik dan wang yang dipinjam daripada sebuah sekolah.

Petugas pelindung kanak-kanak di California juga mengunjunginya selepas laporan menyatakan anaknya hidup dalam kesengsaraan.


Nadya yang berbogel untuk sebuah majalah dengan bayaran RM19,000 awal tahun ini, pernah berikrar untuk tidak berlakon dalam filem lucah.


Tetapi selepas berdepan dengan ancaman rumahnya akan dijual, dia menandatangani persetujuan untuk muncul dalam filem seks yang akan memulakan penggambaran musim panas ini.

"Saya terpaksa melanggar ikrar saya. Yang penting, saya akan menjaga keluarga saya. Pendapatannya agak lumayan dan ia akan membolehkan saya mempunyai sebuah rumah yang selamat. "Saya akan melakukannya," kata wanita itu. - Agensi


Harley Davidson yang hilang ketika tsunami di Jepun ditemui terdampar di Kanada

Posted: 02 May 2012 09:40 AM PDT

TOKYO: Sebuah motosikal Harley Davidson yang hilang apabila tsunami melanda Jepun tahun lalu, ditemui di sebuah pulau di Kanada, kira-kira 6,400 kilometer dari tempat asalnya.

Motosikal yang sudah berkarat itu ditemui dalam kontena besar berwarna putih, tempat pemiliknya, Ikuo Yokoyama menyimpannya.


Yokoyama dijejaki menerusi nombor plat motosikal itu, lapor Fuji TV.

"Tidak salah lagi ia milik saya. Ia sungguh menakjubkan," kata Yokoyama kepada Nippon TV apabila ditunjukkan gambar motosikal itu.


Tiga anggota keluarganya mati dalam bencana itu yang melanda Mac 2011 dan dia kini tinggal di penempatan sementara di Miyagi.


Motosikal itu adalah antara barangan pertama hilang akibat tsunami yang tiba di pantai barat Amerika Utara.

Mac lalu, seorang lelaki Alaska menemui bola sepak dan kemudian, sebiji bola tampar.


Pemilik mereka dikesan minggu lalu menerusi nama yang terdapat pada bola itu. Warga Kanada, Peter Mark yang menemui motosikal itu memberitahu Fuji TV, dia tidak percaya barangan seperti itu akan menyeberang Lautan Pasifik.

Menurut laporan, dia menemuinya pada 18 April di Pulau Graham, di luar pantai British Columbia.


"Ia sudah berkarat teruk," kata Mark.


Apabila melihat nombor plat Jepun itu, dia terbayang kemungkinan motosikal itu hanyut dari Jepun akibat tsunami dan menghubungi stesen televisyen tempatan.


Fuji TV melaporkan, motosikal itu akan dihantar semula ke Jepun dan kedai yang menjualnya kepada Yokoyama akan membantu menguruskannya. - Agensi


Tiada ulasan:

Catat Ulasan