Sabtu, 28 April 2012

Kosmo Online - Dunia

Kosmo Online - Dunia


KFC diarah bayar RM25j kepada gadis lumpuh

Posted:

KFC diarah bayar RM25j kepada gadis lumpuh

KFC diarah bayar RM25j kepada gadis lumpuh

GAMBAR menunjukkan sebuah restoran Kentucky Fried Chicken di pinggir Sydney semalam.


SYDNEY, Australia - Rangkaian makanan segera Kentucky Fried Chicken (KFC) diperintah oleh sebuah mahkamah Australia supaya membayar ganti rugi sebanyak AS$8.3 juta (RM25.26 juta) kepada keluarga seorang gadis yang lumpuh kerana kerosakan otak selepas dia memakan hidangan KFC yang tercemar.

Ketika kejadian itu berlaku pada tahun 2005, gadis tersebut, Monika Samaan berusia tujuh tahun.

Samaan, ibu bapa dan saudara lelakinya terpaksa dirawat di sebuah hospital kerana keracunan bakteria salmonella selepas mereka memakan hidangan Twister ayam di sebuah restoran KFC dekat sini.

KFC yang dimiliki oleh Yum! Brands dalam satu kenyataan menyifatkan kes itu sebagai tragis tetapi ia kecewa dan terkejut dengan keputusan itu.

Kenyataan yang sama menyatakan KFC akan membuat rayuan berhubung keputusan berkenaan.

Pada minggu lalu, seorang hakim Mahkamah Agung New South Wales memihak kepada keluarga Samaan dengan menyatakan, KFC telah melanggar tanggungjawab untuk menyediakan penjagaan kepadanya.

Hakim itu kemudian mengumumkan RM25.26 juta sebagai bayaran ganti rugi dan kos perbicaraan tersebut.

Media Australia memetik peguam gadis tersebut, George Vlahakis sebagai berkata, kos rawatan Samaan yang tinggi menyebabkan keluarganya ditimpa masalah kewangan.

"Pampasan itu amat di perlukan oleh mereka," kata Vlahakis. - Reuters

Peguam buta berjaya larikan diri di China

Posted:

Peguam buta berjaya larikan diri di China

Peguam buta berjaya larikan diri di China

BEIJING - Seorang peguam yang buta, Chen Guangcheng yang ditahan di rumahnya berjaya melepasi kawalan para pengawal keselamatan, kata beberapa aktivis semalam.

Guangcheng yang berjuang membantah dasar pengguguran bayi secara paksa di China, dikenakan tahanan rumah di kampungnya, Linyi, dalam wilayah Shandong, timur China selepas dia dibebaskan dari penjara pada September 2010.

Presiden pertubuhan hak politik dan agama ChinaAid yang beribu pejabat di Texas, Bob Fu berkata, Guangcheng selamat dan kini bersembunyi di ibu kota China, di sini.

"Terdapat spekulasi beliau sedang bersembunyi di Kedutaan Amerika Syarikat di sini," tambahnya.

Namun, Kedutaan AS dan Kementerian Luar China enggan memberikan sebarang kenyataan berhubung spekulasi berkenaan.

Dalam satu klip video di laman web YouTube, Guangcheng mengesahkan beliau telah melarikan diri.

Aktivis berkenaan turut meminta Perdana Menteri China, Wen Jiabao mengarahkan satu siasatan dilakukan berhubung layanan buruk oleh beberapa pegawai tempatan terhadap diri dan keluarganya.

"Ia bukan mudah tetapi saya berjaya melarikan diri," katanya dalam klip video berkenaan.

Namun, dia tidak menyatakan lokasi persembunyiannya atau rancangannya selepas ini.

Guangcheng meloloskan diri dari rumahnya yang dikawal ketat pada Ahad lalu.

"Dia keluar dari rumahnya pada 22 April lalu dan beberapa rakan membawanya ke satu lokasi selamat di luar wilayah Shandong," kata Fu.

Menurutnya, kehilangan Guangcheng diketahui apabila beberapa pegawai pemerintah pergi ke kampung Donggushi untuk menggeledah rumahnya dan rumah abangnya, Chen Guangfu.

Seorang penyokong Guangcheng memberitahu agensi berita AFP bahawa insiden ganas berlaku di perkampungan berkenaan selepas ketibaan pasukan pegawai pemerintah tersebut termasuk seorang gabenor bandar berdekatan.

"Chen Kegui (anak saudara Guangcheng) mencederakan gabenor berkenaan dengan pisau pemotong sayur-sayuran dan beberapa orang lain sebelum dia menyerah diri kepada polis," katanya.

Fu pula berkata, isteri Guangcheng, ibu dan anaknya kini berada di rumah mereka yang dikawal ketat oleh polis manakala keluarga abangnya telah ditangkap.

Seorang lagi penyokong Guangcheng, He Peirong menyatakan dia memandu membawa aktivis berkenaan ke sebuah lokasi yang selamat.

Guangcheng mempelajari undang-undang di sebuah sekolah untuk orang buta.

Dia turut memberikan bantuan guaman percuma kepada penduduk kampung.

Guangcheng dipenjarakan pada tahun 2006 selepas menuduh para pegawai perancang keluarga di wilayah Shandong memaksa kira-kira 7,000 wanita dimandulkan dan menjalani pengguguran. - Agensi

Ragam peminat Lady Gaga

Posted:

Ragam peminat Lady Gaga

Ragam peminat Lady Gaga


SEJUMLAH peminat Lady Gaga duduk di luar Stadiun Olimpik, Seoul.


SEOUL, Korea Selatan - Berpuluh-puluh ribu peminat membanjiri Stadium Olimpik di sini untuk menonton konsert penyanyi terkenal, Lady Gaga semalam.

Puluhan lelaki dan wanita muncul dengan pakaian pelik yang pernah dipakai penyanyi itu.

Lady Gaga terkenal sebagai penyanyi yang gemar menggayakan fesyen pelik dan luar biasa.

Sejumlah peminat lelaki turut memakai korset kulit dan sut hitam putih bersama kaca mata hitam manakala puluhan lagi mewarnakan muka mereka.

Seorang peminat wanita sanggup datang dari Jepun untuk menyaksikan konsert penyanyi lagu Poker Face itu.

Mereka turut menunggu di luar stadium dengan duduk dan menggayakan pakaian masing-masing sebelum konsert tersebut berlangsung.

Bagaimanapun, beberapa penganut Kristian yang dilihat berada di luar stadium itu berdoa bagi meminta supaya konsert tersebut dibatalkan.

Kumpulan penganut Kristian itu menganggap Lady Gaga mempromosikan homoseksual dan pornografi.

Lady Gaga dijangka mengadakan 110 konsert pada tahun ini ekoran kejayaan albumnya, Born This Way yang dijual sebanyak enam juta unit di seluruh dunia sejak Mei tahun lalu.

Pihak berkuasa Korea Selatan melarang remaja Korea Selatan bawah 18 tahun menonton konsert penyanyi berkenaan. - Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan