Sabtu, 28 April 2012

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Galloway peluk Islam?

Posted: 27 Apr 2012 09:40 AM PDT

LONDON: Tokoh politik Britain, George Galloway dilapor memeluk Islam dalam satu majlis sulit lebih 10 tahuin lalu.

Aktivis sosial, Jemima Khan berkata, anggota Parlimen berkenaan mengucapkan syahadah di majlis yang dihadiri anggota Persatuan Islam Great Britain.


Jemima yang memeluk Islam sebelum berkahwin dengan bekas pemain kriket Pakistan, Imran Khan, dalam artikel yang disiarkan dalam majalah New Statesman, mendakwa dia mengenali seseorang yang turut hadir di majlis yang diadakan di barat laut London itu.

Bagaimanapun, Galloway, anggota Parlimen untuk Bradford West, menafikan adanya majlis itu. Namun, lelaki berusia 57 tahun itu yang sudah empat kali berkahwin, tidak menafikan dia Islam.


Galloway, dalam media, sentiasa dikatakan beragama Katolik.


Sebelum kemenangan mengejutnya dalam pilihan raya kecil bulan lalu, tersebar surat di kalangan pengundi yang menyatakan sokongannya terhadap Palestin, usahanya untuk membebaskan Kashmir dan kenyataan dia tidak minum arak.

"Tuhan tahu siapa Islam.


Dan Tuhan juga tahu siapa bukan Islam.

Anda juga begitu," antara kenyataan yang terkandung dalam surat itu. Galloway menafikan bertanggungjawab menulis dan menyebarkan surat berkenaan.


Jemima yang kini sudah berpisah daripada Imran, mewawancara Galloway di Bradford West yang mempunyai sejumlah besar masyarakat Islam, memulakan artikelnya dengan berkata: 'George Galloway, Ahli Parlimen Bradford West, ialah Muslim.


"Dia memeluk Islam lebih 10 tahun lalu di satu majlis di sebuah hotel di Kilburn, dihadiri oleh anggota Persatuan Islam Great Britain.


"Mereka yang rapat dengannya tahu hal ini.


Yang lain, termasuk masyarakat Islam di kawasan pilihan rayanya, tidak tahu." Jemima memberitahu Galloway, dia kenal seseorang yang hadir di majlis berkenaan.


Dia bertanya kepada Galloway ketika wawancara itu: "Jadi, anda sudah memeluk Islam?" Menurut artikel berkenaan, Galloway menjawab: "Saya tidak boleh menjawab soalan itu.


Tuhan tahu siapa yang Islam." Wawancara itu berterusan sambil Jemima dan Galloway menikmati makanan halal. - DM


Beruang liar ‘ditembak jatuh’ dari pokok

Posted: 27 Apr 2012 09:34 AM PDT

COLARADO: Seekor beruang hitam besar yang memanjat pokok di Universiti Colorado-Boulder, terselamat selepas pegawai Jabatan Hidupan Liar berjaya menyelamatkannya daripada keadaan yang merumitkan.

Beruang jantan seberat 91 kilogram itu dilihat berkeliaran di kawasan dewan penduduk sebelum memanjat pokok itu.


Pegawai melepaskan tembakan ubat pelali ketika haiwan itu bergayut pada dahan dan tidak berapa lama, ia jatuh. Beruang berkenaan sebelum ini menghabiskan masa berkeliaran di kampus itu, kata pelajar dan memanjat pokok setinggi 4.5 meter itu berhampiran asrama universiti.

Pegawai Hidupan Liar melepaskan dua tembakan ubat pelali pada beruang itu. Jurucakap Jabatan Polis universiti, Ryan Huff memberitahu akhbar Denver Post, mereka memilih untuk menenangkan beruang itu kerana kedekatannya dengan pelajar dan kemungkinan ia mencetuskan bahaya.


"Beruang itu hanya berehat di atas pokok selama kira-kira dua jam," kata Huff.


Sebagai persiapan menyambut haiwan berkenaan jatuh, pegawai menyediakan tilam besar di bawah pokok.

Gambar dan video merakam beruang itu jatuh ke atas tilam berkenaan dengan keadaan kakinya terlentang.


Haiwan itu kemudian dibenar berehat selama beberapa minit di atas tilam dalam keadaan bingung sebelum dipindahkan ke sebuah kandang besar.

Ada pelajar yang bertindak berani mengusap kaki beruang berkenaan menerusi celah kandang.


Jurucakap Jabatan Hutan dan Hidupan Liar Colorado, Jennifer Churchill, memberitahu wartawan, pihaknya melepaskan beruang itu selepas ia ditanda, di kawasan pergunungan di barat Boulder.


Menurutnya, sudah menjadi kebiasaan bagi beruang hitam keluar dari hibernasi mereka ketika ini dan merayau untuk mencari makanan. - DM


Tiada ulasan:

Catat Ulasan