Harian Metro: Global |
Posted: 20 Apr 2012 11:19 AM PDT ALLAHABAD: Seorang aktres Bollywood mati dibunuh dua rakan pelakon yang baru dikenalinya di lokasi penggambaran filem terbaru mereka, lapor media semalam. Meenakshi Thapa, 26, dilaporkan diculik dan dipancung Amit Jaiswal dan kekasihnya, Preeti Surin, bulan lalu.
Sumber polis berkata, Meenakshi bertemu pasangan terbabit di set penggambaran filem terbaru arahan Madhur Bhandarkar berjudul Heroine.
Kepala Meenakshi pula dicampak dari sebuah bas yang dalam perjalanan dari Allahabad ke Mumbai.
Sumber berkata, Amit dan Preeti mengaku membunuh Meenakshi kerana yakin dengan cerita mangsa yang mendakwa dia kononnya dibesarkan dalam keluarga berada.
|
Lelaki pertama hamil di dunia kini tidak lagi serumah dengan isteri Posted: 20 Apr 2012 11:03 AM PDT HONOLULU: "Lelaki" pertama di dunia yang berjaya melahirkan zuriat sendiri semalam mengumumkan dia kini berpisah daripada isterinya. Thomas Beatie mengambil keputusan meninggalkan pasangannya, Nancy, selepas sembilan tahun hidup bersama.
Kata Beatie, seperti perkahwinan lain, mereka melalui detik suka dan duka sepanjang sembilan tahun bergelar suami isteri.
Namun, dia tidak membuang rahimnya dan setakat ini melahirkan tiga anak.
Nancy, 49, mempunyai dua anak hasil perkahwinan terdahulu, tetapi tidak lagi boleh hamil selepas menjalani pembedahan. Justeru, Beatie mengekalkan organ peranakannya dan berhenti mengambil ubat hormon lelaki bagi membolehkan dia hamil.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan