Rabu, 8 Februari 2012

Kosmo Online - Dunia

Kosmo Online - Dunia


Terowong dalam laut runtuh di Jepun

Posted:

Terowong dalam laut runtuh di Jepun

Terowong dalam laut runtuh di Jepun

Reuters
BEBERAPA penyelam dan anggota penyelamat menyelam ke dalam terowong dalam laut di loji penapisan minyak di Kurashiki, Jepun semalam.


TOKYO -Para penyelam mula mencari lima pekerja yang hilang dalam air yang keruh di dalam sebuah terowong yang runtuh di salah sebuah loji penapis minyak semalam, kata Jabatan Bomba Tokyo.

Ketika kejadian, seramai enam pekerja berada di dalam terowong dalam laut yang dalam pembinaan di Kurashiki semasa ia runtuh.

Namun, menurut seorang jurucakap Jabatan Bomba Tokyo, seorang daripada mereka sempat keluar.

Jurucakap tersebut berkata, mangsa yang terselamat itu menyatakan air memasuki dan memenuhi terowong.

Mangsa itu memberitahu, dia mendengar suara orang yang menyatakan bahaya dan tinggalkan terowong menyebabkannya memanjat tangga sehingga ke permukaan yang selamat.

Kemalangan itu berlaku di loji penapisan Mizushima 550 kilometer ke barat Tokyo.

Kerja-kerja mencari mayat dijalankan kira-kira 90 minit sebelum ditamatkan ekoran keadaan para penyelam tidak dapat melihat dengan jelas dalam terowong tersebut.

Menurut jurucakap jabatan tersebut, terowong itu berbentuk U dan sedalam 30 meter. - AFP

PM Sweden mahu pekerja bersara pada umur 75 tahun

Posted:

PM Sweden mahu pekerja bersara pada umur 75 tahun

PM Sweden mahu pekerja bersara pada umur 75 tahun

STOCKHOLM - Perdana Menteri Sweden, Fredrik Reinfeldt mahu penduduknya memikirkan untuk bekerja sehingga berumur 75 tahun dan bersedia untuk mengubah kerjaya selepas berumur 50 tahun.

Beliau membuat kenyataan itu pada satu temu ramah dengan akhbar Dagens Nyheter semalam.

Perdana Menteri itu membuat komen tersebut selepas beliau mengadakan satu pertemuan di sini dengan Perdana Menteri Britain, David Cameron dan para pemimpin dari negara-negara Baltik.

Reinfeldt berkata, majikan perlu menggaji pekerja yang berumur lebih 55 tahun.

Sweden ketika ini membenarkan pekerjanya bersara awal pada umur 61 tahun tetapi mereka boleh bekerja sehingga berumur 67 tahun.

Beliau berkata, negara ini yang mempunyai sistem pencen dan kebajikan tidak dapat menampung pembiayaan ke atas penduduk yang semakin tua melainkan mereka bekerja lebih lama. - AFP

Daya ingatan perokok lelaki menurun

Posted:

Daya ingatan perokok lelaki menurun

Daya ingatan perokok lelaki menurun

WASHINGTON - Lelaki yang menghisap rokok akan mengalami penurunan daya ingatan berbanding lelaki yang tidak merokok, menurut satu kajian yang dilakukan para penyelidik Universiti Kolej London.

Namun, menurut kajian itu yang disiarkan di Amerika Syarikat kelmarin, wanita yang merokok tidak akan mengalami penurunan daya ingatan.

Kajian itu melibatkan lebih 5,000 lelaki dan 2,100 wanita dalam perkhidmatan awam Britain yang mula dijadikan bahan kajian semasa mereka berumur 56 tahun dan perkembangan otak mereka diikuti selama 25 tahun. - AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan