Sabtu, 28 Januari 2012

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Harimau bintang baham wanita hamil

Posted: 27 Jan 2012 08:30 AM PST

GUWAHATI: Dua orang, termasuk seorang wanita hamil cedera parah selepas dibaham seekor harimau bintang semalam, serangan ketiga seumpamanya dalam masa beberapa minggu.

Dalam kejadian terbaru itu, haiwan liar berkenaan dikatakan sesat dan berkeliaran di Guwahati, bandar terbesar di negeri Assam, India.


Harimau bintang itu mencetuskan panik apabila berkeliaran di kawasan berpenduduk padat di bandar berkenaan, tempat dia membaham seorang lekaki berusia 20 tahun dan seorang wanita hamil.

Suami wanita terbabit, Abid Ali berkata, isterinya kehilangan banyak darah dan pengsan.


"Dia cedera parah di belakang kepala," kata lelaki itu.


Seorang lagi mangsa, Moziz Haq berkata, dia juga cedera di kepala.

"Ia seolah-olah mengetuk dan menampar dan saya rebah ke tanah dengan darah memercik pada seluruh tubuh," kata Moziz kepada wartawan ketika ditemui di hospital.


Haiwan berkenaan kemudian ditembak menggunakan ubat pelali oleh pegawai hutan sebelum dihantar ke zoo di bandar itu.

Ia adalah serangan ketiga membabitkan harimau bintang di Guwahati bulan ini.


Dalam kejadian ngeri yang dirakam menerusi kamera, tiga orang cedera dan seorang mati apabila dibaham oleh seekor harimau bintang pada 7 Januari lalu.


Tiga lagi penduduk cedera dalam serangan berasingan minggu lalu.


Beribu-ribu penduduk India menjadi mangsa serangan haiwan liar setiap tahun, membabitkan gajah, harimau, harimau bintang dan ular.


Aktivis pemuliharaan alam sekitar berkata, semakin banyak haiwan liar memasuki bandar kerana perkembangan kawasan bandar dan industri menyebabkan habitat mereka semakin kecil. - AFP



Full content generated by Get Full RSS.

Banduan jahit mulut bantah layanan buruk

Posted: 27 Jan 2012 08:28 AM PST

BISHKEK: Lebih 1,000 banduan Kyrgyzstan menjahit mulut mereka sebagai membantah keadaan hidup di penjara.

Tindakan itu adalah lanjutan daripada mogok lapar selama dua minggu, membabitkan 7,500 banduan yang dilancarkan berikutan serbuan oleh pasukan khas polis terhadap sebuah penjara di Bishkek.


Pegawai penjara berkata, unit khas itu dikerah untuk menyuraikan rusuhan oleh banduan yang merosakkan bilik tahanan mereka dan memotong tangan serta perut ketika operasi mencari yang dijalankan pengawal.

Banduan yang melancarkan mogok lapar itu menuntut peletakan jawatan Ketua Perkhidmatan Penjara dan pengurus pusat tahanan tempat tunjuk perasaan itu bermula.


Kira-kira 6,400 tahanan terbabit dalam mogok itu dan 1,175 menjahit mulut mereka. Bagaimanapun, 200 daripada mereka kemudian meminta bantuan perubatan untuk menanggalkan jahitan itu. - Reuters



Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan