Berita Harian: Dunia |
Posted: 28 Jan 2012 02:17 PM PST Dunia SEORANG pegawai tentera Amerika memberi bayaran takziah kepada penduduk di Jalalabad, Afghanistan pada 2007. KABUL: Sebagai mengakui kesilapan operasi ketenteraannya dan tanda meminta maaf, askar Amerika Syarikat mempunyai sistem pembayaran ganti rugi atau pampasan dipanggil 'bayaran takziah' yang membabitkan agihan berjuta-juta dolar kepada penduduk di Afghanistan dan Iraq. Pada enam bulan pertama tahun kewangan 2011, tentera Amerika memberi AS$688,000 (RM2.09 juta) sebagai bayaran takziah dan AS$6.8 juta (RM20.67 juta) dana membaiki infrastruktur yang rosak akibat perang di Afghanistan, kata Pentagon. Menurut Pejabat Akauntabiliti, jabatan kerajaan Amerika membelanjakan lebih AS$30 juta (RM91.2 juta) di Iraq dan Afghanistan sebagai bayaran takziah dan pampasan untuk pembayaran kesedihan pada 2003-2006, kebanyakannya di Iraq. Sejak 2005, tentera Amerika membayar orang awam jutaan dolar untuk kerosakan akibat kematian disebabkan atau dipersalahkan ke atas tentera Amerika di Afghanistan.Seminggu selepas 15 orang awam terbunuh ketika satu operasi serbuan waktu malam oleh Amerika Syarikat di sebuah perkampungan Afghanistan dalam satu kejadian pada 2009, pemerintah tentera Amerika pergi ke perkampungan itu dan mengagihkan wang tunai AS$40,000 (RM121,600) sebagai 'bayaran takziah.' Saudara mara mangsa di perkampungan itu dibayar AS$2,500 (RM7,600) bagi setiap kematian, AS$500 (RM1,520) untuk dua lelaki yang cedera dan AS$1,500 (RM4,560) untuk membaiki infrastruktur kampung. Dalam satu lagi kes, dipetik akhbar The Washington Post, berdasarkan dokumen Kor Jurutera Tentera, Amerika memberi AS$190,278 (RM578,445.11) sebagai bayaran takziah di Uwayrij, Iraq.
Walaupun dengan jumlah wang dibelanjakan, amalan itu tidak didedahkan kepada umum. Dari Januari hingga Oktober 2011, kematian orang awam akibat operasi Tentera Bantuan Keselamatan Antarabangsa (ISAF) di Afghanistan mencapai 500 orang. Tidak diketahui nilai bayaran takziah yang diberi dalam perkara itu. "Sebahagian besar program memberi pampasan dan ganti rugi dibiayai oleh Jabatan Pertahanan. Dana takziah dan ganti rugi atas kesedihan ditakrif isu strategik," kata Pemerintahan Bersama ISAF di Kabul dalam satu e-mel. Walaupun ISAF enggan mendedahkan skala pembayaran, buku panduan Tentera Amerika-Afghanistan bertajuk 'Wang Sebagai Sistem Senjata – Afghanistan' bertarikh Februari 2011 dan diterbitkan di laman web www.publicintelligence.net, menggariskan amalan dan prosedur bayaran itu. Katanya, bayaran diberi bagi setiap individu atau harta benda yang rosak.
Pendapatan purata seorang individu di Afghanistan adalah kira-kira AS$370 (RM1,124.80), menurut angka UNICEF pada 2009. – AP Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenFull content generated by Get Full RSS. |
Aktivis Seoul hantar stoking ke Pyongyang Posted: 28 Jan 2012 02:15 PM PST Dunia AKTIVIS bekas warga Korea Utara mempersiapkan pelancaran belon membawa stokin dan mesej keamanan. Stoking itu boleh dipakai bagi menahan cuaca sejuk, dijual untuk mendapatkan wang atau tukaran mendapatkan bekalan makanan selama sebulan, kata aktivis itu. Sebanyak 1,000 pasang stoking diterbangkan lima belon besar dari bandar utara Korea Selatan, Paju. Setiap pasang stoking dilekatkan risalah mengandungi mesej ringkas, kata kumpulan Yayasan Keamanan Korea Utara berpejabat di sini.Kumpulan itu melancarkan kempen menghantar stoking itu sekali sebulan sejak beberapa bulan lalu. "Kami tidak berminat menghantar mesej politik hingga mencetuskan masalah di sana. Apa yang kami mahu penduduk di sana memakai stoking itu untuk melindungi kaki mereka daripada cuaca sejuk," kata jurucakap kumpulan itu, Sunny Kim. "Stoking musim sejuk agak sukar didapati di sana tetapi mudah menjadi barang tukaran di Korea Utara. Sepasang stokin boleh dijual untuk mendapat jagung sebanyak 10 kilogram, cukup untuk bekalan selama sebulan," katanya lagi. Aktivis yang kebanyakannya bekas penduduk Korea Utara sering menghantar risalah ke seberang sempadan bagi mengecam pemerintah dan menggesa rakyat melancarkan pemberontakan seperti yang meletus di Asia Barat dan Afrika Utara, tahun lalu. Kempen itu mencetuskan kemarahan Pyongyang yang mengancam membedil lokasi pelancaran belon itu. Ketegangan meningkat di Semenanjung Korea selepas kerajaan Seoul mengurangkan penekanan kepada dasar liberal bekas pentadbiran lalu. Seoul juga memberhentikan penghantaran makanan dan baja tahunannya ke Pyongyang meskipun membenarkan kumpulan sivik terus menghantar bekalan kemanusiaan pada kadar lebih sederhana. Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-Il meninggal dunia pada 17 Disember lalu dan digantikan anak lelakinya, Jong-Un. Penggantinya juga mengambil sikap memusuhi Seoul selepas menuduhnya tidak menghormati tempoh berkabung Jong-il. – AFP Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenFull content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan