Kosmo Online - Dunia |
- Angka kematian letupan meningkat 13 orang
- Ekonomi Eropah diramal goyah pada 2012
- Sandra Bullock pujuk hati ke layar perak
Angka kematian letupan meningkat 13 orang Posted: Angka kematian letupan meningkat 13 orang
BOGOTA, Colombia - Sebanyak 13 orang disahkan maut dan hampir 100 yang lain cedera dalam letupan saluran paip minyak di barat Colombia, kata beberapa pegawai kelmarin. Letupan sebelum subuh pada Jumaat lalu itu memusnahkan sebahagian paip minyak di bandar Dosquebradas dan mencetuskan kebakaran besar yang memusnahkan 35 buah rumah setinggan manakala 50 lagi rumah berkenaan rosak. "Operasi mencari telah berakhir dengan sejumlah 13 orang terbunuh manakala 99 lagi cedera dengan 49 daripada mereka masih dirawat di hospital," kata seorang pegawai Pejabat Pengurusan Risiko. Angka kematian terbaharu itu meningkat sebanyak dua orang manakala bilangan kecederaan bertambah kepada 20 orang berbanding Jumaat lalu. Pihak berkuasa pada mulanya menyalahkan pencuri-pencuri minyak kerana menyebabkan letupan tersebut berlaku. Namun siasatan terperinci mendapati saluran minyak berkenaan pecah kerana gegaran tanah semasa hujan lebat turun sejak beberapa minggu lalu. Kebanyakan tempat di Colombia kini diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga selepas hujan lebat yang turun sejak September lalu menyebabkan banjir yang mengorbankan sekurang-kurangnya 177 orang setakat ini. Ribuan lagi mangsa banjir kehilangan rumah mereka dalam bencana alam terbaharu di negara rantau Amerika Selatan tersebut. - AFP Full content generated by Get Full RSS. | |
Ekonomi Eropah diramal goyah pada 2012 Posted: Ekonomi Eropah diramal goyah pada 2012GAMBAR tidak bertarikh yang disediakan oleh pejabat pencetakan Jerman menunjukkan wang kertas 50 euro sedia untuk diagihkan di Berlin. LONDON, Britain - Saham Eropah dan mata wang euro diramal berdepan pergolakan baharu pada 2012 selepas mata wang tunggal Kesatuan Eropah (EU) berkenaan merosot berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) susulan krisis hutang negara-negara Eropah. Bursa-bursa utama Eropah menjunam antara 6.5 dan 25 peratus sejak permulaan tahun ini manakala mata wang euro merosot 2.5 peratus berbanding dolar dalam dagangan turun naik sepanjang bulan ini. "Siapa yang dapat menyangka bahawa menjelang November, kita bercakap tentang bukan sahaja keruntuhan negara-negara mata wang euro tetapi tentang kemungkinan pembubaran EU," kata pakar strategi kanan firma BGC Partners, Howard Wheeldon. "Siapa yang menyangka dalam tempoh sesingkat itu ekonomi EU berhenti daripada berkembang manakala pertumbuhan kembali ekonomi rantau berkenaan dilihat terlalu sukar," tambahnya. Mata wang euro menamatkan dagangan tahun ini dengan menjunam di bawah AS$1.30 untuk satu euro sekali gus tahap terendah sejak permulaan tahun 2011. Mata wang tunggal EU itu turut menjunam pada takat terendah berbanding yen sejak 10 tahun lalu dalam dagangan pada September lepas. Keadaan tersebut berikutan kebimbangan pelabur berhubung ketidaktentuan ekonomi global dan kemerosotan nilai ekuiti di Eropah dan AS. "Krisis mata wang euro dijangka semakin meruncing. Ekonomi global (pada 2012) diramal sama ada menyusut ke dalam kemelesetan atau mengalami pengurangan dalam pertumbuhan," kata penganalisis Commerzbank, Ulrich Leuchtmann. "Pelaburan dalam mata wang dolar mungkin menguntungkan selain mata wang yen dan emas," tambahnya. - AFP Full content generated by Get Full RSS. | |
Sandra Bullock pujuk hati ke layar perak Posted: Sandra Bullock pujuk hati ke layar perakIMEJ oleh studio Warner Bros. menunjukkan Sandra Bullock membawa watak ibu, Linda Schell dalam adegan filem Extremely Loud & Incredibly Close. - AP NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Setelah dimalukan skandal sulit suaminya, Jesse James, bintang filem Hollywood, Sandra Bullock kini bersedia untuk kembali ke layar perak. Keretakan rumah tangga membawa kepada perpisahan mereka pada Mac tahun lalu. Bullock kemudian mengambil seorang anak angkat lelaki untuk cuba mengubat jiwa laranya susulan perceraian tersebut "Saya menerima takdir untuk hidup penuh sepi sepanjang hidup saya. Saya berbelah bahagi untuk berlakon apabila pengarah filem dari Britain, Stephen Daldry menawarkan saya membintangi filemnya," kata Bullock. Namun, kata Bullock, dia akhirnya berjaya memujuk hatinya supaya menerima tawaran tersebut. Aktres berusia 47 tahun itu akan muncul di layar perak menerusi filem terbaharunya, Extremely Loud & Incredibly Close yang diarahkan oleh Daldry. Diadaptasi daripada novel karya Jonathan Safran Foer's, Bullock melakonkan watak ibu seorang kanak-kanak genius yang kematian ayahnya dalam serangan pengganas ke atas AS pada 11 September 2001. Filem berkenaan dijadual menemui peminat di seluruh dunia pada 20 Januari tahun depan. -Agensi Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan