Isnin, 26 Disember 2011

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Amah hadapi hukuman pancung

Posted: 26 Dec 2011 11:27 AM PST

Dunia

Tuti Tursilawati dihukum mati pertahan diri cubaan rogol majikan

JAKARTA: Seorang lagi warga Indonesia berdepan dengan hukuman pancung kerana membunuh majikan yang didakwa cuba merogolnya dan dalam usaha menyelamatkannya, Indonesia menghantar bekas Presiden BJ Habibie untuk menyelamatkan pekerja itu, Tuti Tursilawati.

Menurut laporan, majikannya mendera Tuti secara seksual ketika bekerja. Pada 11 Mei 2010, majikannya didakwa cuba merogolnya tetapi Tuti memukulnya dengan kayu untuk mempertahankan diri. Majikannya mati akibat pukulan itu.
Tuti kemudian melarikan diri dengan membawa barangan milik lelaki itu bernilai 31,500 riyal (RM26,484) dan seutas jam tangan.

Ketika siasatan dijalankan pada 18 Mei 2010, Tuti yang ditemani kakitangan Konsul Besar Indonesia di Jeddah, mengaku melakukan pembunuhan dan mencuri.

Ketua Agensi Perlindungan dan Penempatan Pekerja Asing Indonesia (BNP2TKI), Moh Jumhur Hidayat, berkata keluarga mangsa memfailkan petisyen dengan meminta mahkamah Arab Saudi melepaskan Tuti daripada hukuman mati.
Walaupun dengan perantaraan pihak berkuasa Arab Saudi, keluarga terbabit enggan menukar hukuman mati dengan wang.

Sehubungan itu, Jumhur gembira bekas Presiden Indonesia berkenaan melakukan misi untuk menyelamatkan pekerja berusia 27 tahun itu.

Jumhur berkata, dia sudah bertemu Habibie untuk menyampaikan harapannya supaya bekas presiden itu dapat menyelamatkan warga negara mereka daripada tali gantung.

Tuti yang juga ibu tunggal kepada anak lelaki berusia enam tahun berasal dari kampung Cikeusik, Majalengkat, Jawa Barat.

Dia dihantar ke Arab Saudi oleh agensi PT Arunda Bayu pada 5 September 2009 dan bekerja dengan keluarga Suud Malhaq Al Utaibi di bandar Thaif.

Bapanya, Ali Warjuki, yang turut dikenali sebagai Dudu, ke pejabat BNP2TKI di Jakarta pada 5 Oktober lalu ditemani aktivis Kesatuan Pekerja Asing Indonesia (SBMI) bagi menggesa kerajaan berusaha membebaskan Tuti daripada dipancung.

Menurut Jumhur, Habibie ke Riyadh, Arab Saudi pada Sabtu dan akan bertemu ketua Pasukan Bertindak bagi Perlindungan Pekerja Asing Indonesia di Riyadh, Maftuh Basyuni.

Pada 6 Oktober 2011, Presiden Susilo Bambang Yudhoyono menghantar surat kepada pemerintah Arab Saudi meminta bantuan mereka supaya memujuk keluarga majikan memberi keampunan kepada Tuti. – Agensi

Full content generated by Get Full RSS.

Mangsa banjir Filipina hanyut 100 kilometer

Posted: 26 Dec 2011 11:23 AM PST

Dunia

MANGSA banjir Filipina di Iligan terus dipindah ke kawasan selamat menggunakan rakit buluh, kelmarin.

MANGSA banjir Filipina di Iligan terus dipindah ke kawasan selamat menggunakan rakit buluh, kelmarin.

MANILA: Nelayan membantu tentera laut Filipina, polis dan bomba mencari mayat mangsa banjir kilat dan ribut, dengan ada yang dihanyutkan ke laut dalam dengan angka kematian mencapai 1,236, semalam.

Pada masa sama, lebih 60,000 mangsa daripada ratusan kampung yang musnah itu kehilangan tempat tinggal dan terpaksa menyambut Hari Natal dalam keadaan menyedihkan serta berhimpit-himpit di tempat perlindungan sementara iaitu sekolah dan gimnasium.

Pasukan penyelamat menemui kira-kira 150 mayat yang hanyut ke laut sejauh 100 kilometer dari tempat yang paling teruk dilanda banjir di bandar Cagayan de Oro dan Iligan, kata ketua Pejabat Pertahanan Awam, Benito Ramos. Beliau berkata, pihaknya mungkin terpaksa mengambil masa tiga hingga enam bulan untuk kembali normal dan membina perumahan sementara bagi membolehkan sekolah yang kini menjadi tempat perlindungan sementara kembali berfungsi.

Jumlah kematian hingga semalam mencecah 1,236 orang dengan dua pertiga daripada mayat tidak dikenal pasti. Oleh kerana banyak mayat hanyut, Ramos berkata pihak berkuasa terpaksa meminta bantuan nelayan untuk mencari di laut.

"Kami berhenti mengira mangsa yang hilang. Mereka yang ditemui, kami tidak tahu siapa mereka. Kami mempunyai sistem di mana keluarga boleh mengecam mangsa berdasarkan cap jari dan rekod pergigian," kata Ramos.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) minggu lalu melancarkan rayuan bantuan kilat sebanyak AS$28 juta (RM88.3 juta) untuk membantu 600,000 mangsa yang dianggarkan terbabit, lebih separuh jumlah penduduk Cagayan de Oro dan Iligan di wilayah selatan Mindanao.
Walaupun amaran sudah dikeluarkan pihak peramal cuaca, kebanyakan penduduk sedang tidur ketika ribut tropika mendarat di wilayah yang jarang berlaku ribut itu.

Jumlah curahan hujan dalam tempoh 12 jam itu menyamai lebih sebulan kadar hujan yang mengakibatkan banjir kilat serta meranapkan kampung.

Ramai yang mati adalah wanita dan kanak-kanak yang lemas ketika tidur. Selebihnya berjaya memanjat bumbung untuk menyelamatkan diri daripada sungai dan banjir lumpur yang membawa sampah dan kayu dari pergunungan berdekatan. – AP

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan