Kosmo Online - Dunia |
- Penduduk Muslim-Kristian bergaduh di Ambon
- Australia akan dilanda krisis harga hartanah murah tahun depan
- Amitabh Bachchan enggan terima bayaran berlakon
Penduduk Muslim-Kristian bergaduh di Ambon Posted: Penduduk Muslim-Kristian bergaduh di Ambon
AMBON - Pasukan keselamatan dikerah ke wilayah timur Indonesia selepas kumpulan penduduk Muslim dan Kristian bergaduh dengan bersenjatakan batu dan parang, kata beberapa pegawai semalam. Dalam kejadian itu, seramai tiga orang maut dan 80 lagi cedera. Menurut seorang ketua polis trafik, Kapten Marinus Djati, keganasan tersebut berlaku di bandar Ambon kelmarin selepas khabar angin tersebar bahawa seorang penunggang teksi motosikal yang mati dalam kemalangan jalan raya telah diseksa dan dibunuh oleh penduduk Kristian. Kumpulan penduduk Muslim dan Kristian bergaduh selepas lelaki itu dikebumikan. Kedua-dua kumpulan itu saling membaling batu dan mengayun parang selepas berbalas cacian. Para perusuh itu juga membakar rumah, kereta dan motosikal walaupun polis cuba untuk menyuraikan mereka dengan melepaskan tembakan amaran. Dua daripada mereka yang terbunuh itu merupakan pelajar sekolah. Menurut jurucakap polis, Mejar Jeneral Anton Bachrul Alam, kira-kira 200 anggota pasukan keselamatan daripada unit khas ditempatkan di Ambon untuk mengawal ketenteraman. - AP | |
Australia akan dilanda krisis harga hartanah murah tahun depan Posted: Australia akan dilanda krisis harga hartanah murah tahun depanSYDNEY - Australia akan dilanda krisis hartanah pada permulaan atau pertengahan tahun depan, kata seorang peramal ekonomi dari Amerika Syarikat (AS), Harry Dent. Dia yang tiba di Australia kelmarin menyatakan Australia akan mengalami krisis hartanah selepas AS dan China menghadapinya. "Penduduk di tempat-tempat seperti Sydney, Torkyo atau Miami pernah menyatakan harga hartanah tidak akan turun, kami berada di tempat yang hebat, ramai orang mahu berpindah ke sini, tidak terdapat banyak tanah untuk tujuan pembangunan. "Saya kemudian berkata, ia pastinya tempat yang akan menjadi gelembung (krisis hartanah)," kata Dent yang kenyataannya itu disiarkan sebuah akhbar semalam. Menurutnya, harga rumah di Australia akan kembali semula seperti pada 1990-an atau awal 2000. Dia menyarankan pelabur menjual hartanah mereka di negara ini dan membeli aset dalam dolar AS. - Agensi | |
Amitabh Bachchan enggan terima bayaran berlakon Posted: Amitabh Bachchan enggan terima bayaran berlakonMUMBAI - Bintang Bollywood, Amitabh Bachchan (gambar) menyatakan dia tidak akan meminta satu sen pun untuk lakonan sulungnya dalam filem Hollwyood terbaru arahan Baz Luhrmann. Filem tersebut diadaptasi daripada novel klasik bertajuk The Great Gatsby. Dalam blognya kelmarin, pelakon berusia 68 tahun itu menyatakan dia cuma membuat kemunculan sekali sebagai tanda muhibah dalam filem berkenaan yang turut dibintangi aktor Leonardo DiCaprio, Tobey Maguire serta aktres Carey Mulligan. "Luhrmann menelefon saya pada bulan lalu dan mengundang saya berlakon untuk membawa watak kecil dalam filemnya dan saya bersetuju. Ia sebagai tanda muhibah. Saya juga enggan menerima sebarang bayaran untuk itu," kata Bachchan dalam blognya, bigb.bigadda.com. Dikenali sebagai Big B dalam kalangan jutaan peminatnya di India, Bachchan yang amat popular sekitar tahun 1970-an telah membintangi lebih 150 buah filem. Bintang legenda itu akan melakonkan watak Meyer Wolfsheim, seorang ketua penjenayah misteri yang membantu watak utama, Jay Gatsby menjadi jutawan dalam novel berkenaan yang ditulis oleh F. Scott Fitzgerald pada tahun 1925. - AFP |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan