Harian Metro: Global |
Posted: 12 Sep 2011 09:10 AM PDT LONDON: Anggota polis yang menyamar, berjaya memerangkap beberapa kumpulan gangster dengan membuka sebuah kedai menjual muzik hip hop dan menjadikannya sebagai pusat jenayah. Selama sebelas bulan, penyangak yang datang ke kedai itu digalakkan untuk menggunakan bilik belakang. Di situ, mereka menjalankan kegiatan jenayah menjual dadah, senjata api dan barang curi kepada pegawai polis yang menyamar sebagai peniaga yang tidak jujur. Setiap urusniaga dirakam menggunakan kamera dan mikrofon tersembunyi. Operasi bernilai 500,000 pound (RM2.4 juta) itu berjaya menahan 37 orang dan dipenjarakan sejumlah 150 tahun.
Daam beberapa minggu dibuka, penyangak mula datang ke kedai itu. Kata Superintenden Lucy D'Orsi, "Pegawai polis yang ditugaskan sudah diberi latihan mengenai muzik dan menjalankan perniagaan. "Mereka berjaya mendapatkan keyakinan pelanggan dan berjaya menghadapi apa saja situasi. "Selain mendapatkan bukti, mereka juga menghalang orang daripada melakukan kesalahan - termasuk mereka yang mungkin boleh membunuh." Dalam jangka masa 11 bulan itu, pihak polis membeli 19 pistol yang diubah suai berharga kira-kira 400 pound (RM 1,922) dan juga kuantiti dadah yang banyak. Kesemua 37 penjenayah yang berusia antara 16 dan 41 tahun akan menghadapi tuduhan jenayah termasuk menjual dadah dan senjata api dan pengubahan wang haram. - AFP |
Amitabh berlakon percuma untuk filem Hollywood pertamanya Posted: 12 Sep 2011 09:09 AM PDT MUMBAI: Pelakon megastar Amitabh Bachan berkata, dia akan berlakon secara percuma untuk filem Hollywoodnya yang pertama di bawah arahan terbaru Baz Luhrmann, sebuah adaptasi novel 'The Great Gatsby.' Aktor berusia 68 tahun itu menulis di dalam blognya semalam, dia akan tampil "dalam satu babak saja atas dasar persahabatan" dalam filem itu yang turuti dibintangi oleh Leonardo DiCaprio, Tobey Maguire dan Carey Muilligan.
Karektor Amitabh adalah sebagai Meyer Wolfsheim, seorang ketua penjenayah yang membantu seorang jutawan misteri Jay Gatsby mendapatkan wang dalam novel terkenal oleh F. Scott Fitzgerald yang diterbitkan pada tahun 1925. Dikenali sebagai 'Big B' oleh berjuta peminatnya di India dan serata dunia, Amitabh bersetuju untuk berlakon selepas Luhrmann, seorang peminat filem Bollywood, datang melawat India, tahun lepas.
"Ia satu pengalaman yang menarik menjadi salah seorang daripada sistem Hollywood dan melihat bagaimana telitinya mereka bekerja," katanya. Amitabh dianggap sebagai ahli politik untuk filem Hindi dan telah berlakon kira-kira 150 filem. - AFP |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan