Khamis, 8 September 2011

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Kegilaan baru di Internet

Posted: 07 Sep 2011 09:45 AM PDT

NEW YORK: Ia dipanggil gantungan kelawar (Batmanning). Dan ia mungkin menggantikan tabiat berbaring secara meniarap (Planking), tetapi nampaknya keseronokannya mengatasi aksi bahaya itu.

Melakukan gantungan kelawar bermakna individu itu bergantung secara terbalik dan hanya bertahan sebelah kaki di pintu, besi, pagar, belebas tingkap atau apa saja. Mudah? Tidak juga. Aksi Planking menjadi tajuk utama akhbar selepas seorang individu maut setelah melakukan aksi itu di balkoni di Brisbane, Australia. Versi terbaru ini turut dikecam kerana ia lebih berbahaya.


Pencarian Batmanning di YouTube menunjukkan ia lebih banyak mendorong kepada kegagalan berbanding kejayaan. Memang wajar kerana ia memerlukan kekuatan kaki dan otot buku lali untuk dapat bergantung.

Dalam satu video, beberapa remaja perempuan mengangkat teman mereka dan membiarkan gadis itu tergantung di pintu almari pakaian. Mereka menonton aksi teman mereka sambil berjenaka dan kemudian...BOOM! Gadis itu jatuh dan kepalanya terhentak.


Sesetengahnya pula lebih bersedia. Terdapat satu video menunjukkan seorang pelaku Batmanning memakai topi keledar ketika bergayut pada pintu dengan kaki di atas dan kepala dibawah, olah-olah tahu dia akan jatuh. Di satu tahap helmetnya terjatuh dan dia meminta rakannya memakaikan kembali kerana dia sibuk melakukan Batmanning. Beberapa saat kemudian dia jatuh. Mujur dia memakai topi keledar. .


Sekumpulan pelajar Universiti Purdue menggelar diri mereka 'Batman Boilers' dan menegaskan mereka berjaya merakam video Batmanning yang pertama - berjaya dari segi kemahiran Batmanning dan memuat turunnya di Internet.

"Ketika kami cuba melakukan Batmanning dan berjaya melakukannya, kami dapati tiada siapa berjaya melakukannya sebelum ini," kata seorang anggotanya, Chris Ganz. - Agensi

Lelaki curi 35 rangka manusia dari gudang ditahan

Posted: 07 Sep 2011 09:42 AM PDT

TAIPEI: Seorang lelaki Taiwan ditahan kerana mencuri 35 rangka manusia yang ditemui di kawasan pembinaan di utara negara itu, kata polis, semalam.

Rangka yang tidak dituntut dari kawasan perkuburan lama itu diletakkan sementara waktu di sebuah gudang. Suspek mencuri dan membawanya ke Taipei di mana dia ditangkap, kata polis di wilayah Miaoli. Suspek yang bekerja di rumah mayat dan mempunyai rekod mencuri serta penyalahgunaan dadah berkata, dia bimbang rangka itu - yang digali ketika pembinaan sebuah muzium - akan dicuri kerana gudang itu tidak berkunci.


Suspek meletakkan rangka itu di dalam trak yang diparkir di sebuah taman di Taipei selama sebulan sebelum dia ditahan. - AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan