Jumaat, 12 Ogos 2011

Utusan Online - Luar Negara

Utusan Online - Luar Negara


Britain sasar samseng jalanan

Posted:

Britain sasar samseng jalanan

Britain sasar samseng jalanan


JALAN utama di Tottenham, utara London yang menjadi lokasi pertama rusuhan Sabtu lalu, masih ditutup oleh polis daripada dimasuki orang ramai, semalam. – Agensi


LONDON 12 Ogos – Perdana Menteri Britain, David Cameron berkata, pihaknya akan menimbangkan pendekatan Amerika Syarikat (AS) dalam berdepan dengan keganasan geng-geng jalanan yang mencetuskan rusuhan terburuk dalam tempoh beberapa dekad di negara ini.

Beliau turut mengumumkan pendekatan baru bagi menamatkan rusuhan yang telah mengorbankan lima orang setakat hari ini, termasuk meminta bantuan tentera, selain berjanji memberikan lebih banyak kuasa kepada pihak berkuasa bagi mengelak kejadian ini berulang.

Ketika pasukan polis mengawal keadaan dan hujan lebat menghalang kejadian huru-hara di hari kelima, Cameron memaklumkan sidang Parlimen bahawa kuasa tambahan akan diberikan kepada polis, termasuk membenarkan mereka mengarahkan suspek menanggalkan penutup muka, mengusir perusuh dari kawasan perumahan dan menggantung perkhidmatan telefon sementara waktu.

Menurutnya, Britain perlu menunjukkan imej yang lebih positif kepada dunia selepas insiden rusuhan tersebut, menjelang penganjuran Sukan Olimpik tahun depan.

"Kita tidak akan berhenti selagi keganasan dan kegiatan samseng ini tidak dihapuskan dan keadaan pulih sepenuhnya di jalan-jalan di negara ini," katanya.

Britain masih dalam keadaan rapuh selepas empat hari dilanda rusuhan terburuk dalam tempoh beberapa dekad yang bermula di London dan kemudiannya merebak ke bandar-bandar utama lain seperti Manchester dan Birmingham.

Cameron berkata, beliau akan mendapatkan nasihat AS untuk menentang geng samseng jalanan, terutamanya daripada bekas ketua polis Los Angeles, New York dan Boston, William Bratton.

Beliau dalam pada itu mengakui polis tidak dapat mengawal kegiatan kecurian pada malam pertama rusuhan berlaku.

Perkara itu turut disahkan oleh Timbalan Penolong Pesuruhjaya Polis Metropolitan, Steve Kavanagh yang memberitahu mereka kini tidak mempunyai anggota yang cukup untuk mengawal keganasan yang tercetus.

Lebih 1,200 orang ditangkap semasa kekacauan dan seorang daripada pencuri, Natasha Reid, 24, menyerah diri kepada polis setelah tidak dapat melelapkan mata disebabkan rasa bersalah selepas mencuri sebuah televisyen, kata peguamnya.

Dalam satu kes, Chelsea Ives, 18, yang merupakan antara ribuan orang yang mendaftar sebagai 'duta' bagi membantu pelawat ke temasya Olimpik 2012, telah dikenal pasti oleh ibunya semasa menonton berita menunjukkan dia membaling bata ke arah kereta polis. Ives menafikan tuduhan merompak dan berkelakuan ganas.

Mahkamah telah bersidang sehingga ke malam bagi memproses mereka yang didakwa atas kesalahan jenayah daripada serangan hinggalah mencuri sebotol air minuman.

Tertuduh termasuk anak seorang jutawan, pekerja kebajikan dan pelajar kewartawanan, walaupun kebanyakannya adalah belia penganggur.

Dalam apa yang disifatkan sebagai tindakan tegas menegakkan keadilan, akhbar The Guardian mendapati dalam sampel lebih 150 kes yang dibicarakan, kebanyakan defendan kekal dalam tahanan, walaupun mereka mengaku bersalah kepada kesalahan kecil.

Sementara itu, penempatan 16,000 anggota polis di jalan-jalan London akan diteruskan sehingga hujung minggu lalu.

Polis London semalam turut mengumumkan kematian mangsa kelima, Richard Mannington Bowes di hospital selepas dia diserang ketika cuba menghalang perusuh di daerah barat London, Ealing, Isnin lalu. – AP/AFP/Reuters

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

54 kereta api laju China ditarik balik

Posted:

54 kereta api laju China ditarik balik

54 kereta api laju China ditarik balik

SHANGHAI 12 Ogos - Pembuat kereta api kedua terbesar China akan menarik balik 54 kereta api laju yang digunakan dalam perkhidmatan kereta api baru Beijing-Shanghai di atas sebab-sebab keselamatan, kata firma itu hari ini.

Penarikan balik kereta api siri CRH380BL itu dilakukan tiga minggu selepas tragedi 40 orang maut dalam kemalangan kereta api laju yang menimbulkan kemarahan orang awam, kritikan media dan pembekuan projek baru landasan kereta api.

CSR Corp. Ltd. dalam satu kenyataan kepada Bursa Saham Shanghai berkata, penarikan balik itu akan melibatkan kos yang masih belum ditentukan namun tidak mempengaruhi kontrak jualan dengan pelanggan ketika ini. – Reuters

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan