Harian Metro: Global |
Posted: 11 Aug 2011 08:11 AM PDT LONDON: Britain akan bertindak tegas ke atas kumpulan samseng yang mencetuskan huru-hara di beberapa bandar negara itu dan mungkin mendapatkan bantuan tentera jika rusuhan berulang. Perdana Menteri Britain, David Cameron, berkata kerajaan tidak akan membenarkan "budaya takut" wujud di jalanan negara itu.
Sidang itu diadakan khusus membincangkan rusuhan melanda Britain ekoran pembunuhan seorang pemuda disyaki penjenayah, Mark Duggan, 29, di Tottenham.
Selain melakukan kekacauan di jalan raya, perusuh turut membakar bangunan serta kenderaan, selain menyerang polis.
"Kerajaan akan melakukan apa saja bagi mengembalikan keamanan serta membangunkan semula komuniti yang terjejas.
|
Polis lancar gerakan tahan, dakwa perusuh Posted: 11 Aug 2011 08:08 AM PDT LONDON: Pihak berkuasa mengerah anggota polis menahan beratus-ratus suspek perusuh dalam operasi mengesan mereka menjelang subuh semalam. Dilengkapi peralatan bersesuaian, mereka merempuh rumah yang disyaki menjadi tempat perlindungan perusuh di sekitar London.
Insiden itu bukan saja menyebabkan kekacauan, malah polis turut membekukan semua cuti kepada anggotanya.
Sementara itu, sebahagian perusuh dihadapkan ke mahkamah memaksa pendakwa bekerja lebih masa.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan