Khamis, 14 Julai 2011

Utusan Online - Luar Negara

Utusan Online - Luar Negara


Pheu Thai kemuka petisyen

Posted:

Pheu Thai kemuka petisyen

Pheu Thai kemuka petisyen

BANGKOK 14 Julai - Parti Pheu Thai hari ini mengemukakan petisyen kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (EC) meminta supaya Parti Demokrat dan Bhumjaithai dibubarkan.

Petisyen itu difailkan oleh wakil Pheu Thai, Pornchai Korwattanamadol dan para peguamnya.

Menurut petisyen itu, Perdana Menteri, Abhisit Vejjajiva yang juga pemimpin Parti Demokrat, dan Menteri Perdagangan yang juga Setiausaha Agung Parti Bhumjaithai, Porntiva Nakasai menganjurkan jualan barangan murah di pekarangan dewan perbandaran Samut Prakan pada 26 Jun lalu, yang merupakan hari pengundian awal.

Memandangkan Abhisit dan Porntiva adalah eksekutif dan calon parti masing-masing pada pilihan raya Parlimen pada 3 Julai lalu, jualan tersebut boleh dianggap sebagai pembelian undi dalam bentuk tersembunyi, kata petisyen itu.

Parti Pheu Thai meminta EC menyiasat insiden itu dan seterusnya mengemukakan syor kepada Mahkamah Perlembagaan supaya kedua-dua parti itu dibubarkan.

Pornchai menyerahkan rakaman cakera padat menunjukkan jualan barangan murah itu kepada EC.

Kemenangan Abhisit pada pilihan raya itu juga belum disahkan oleh EC sementara siasatan dijalankan mengenai jualan di Samut Prakan itu.

Abhisit dalam wawancara berasingan berkata, beliau tidak bimbang mengenai isu tersebut kerana jualan barangan murah di bawah projek 'bendera biru' dijalankan oleh para pegawai Kementerian Perdagangan di seluruh negara atas keputusan Kabinet untuk meringankan beban rakyat.

Jualan di Samut Prakan itu dikendalikan oleh pegawai kementerian berkenaan tanpa melibatkan sebarang ahli politik, katanya. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pembantu rumah bebas hukuman, pulang

Posted:

Pembantu rumah bebas hukuman, pulang

Pembantu rumah bebas hukuman, pulang

JAKARTA 14 Julai - Seorang pembantu rumah warga Indonesia yang terselamat daripada menjalani hukuman pancung di Arab Saudi, selamat tiba di Indonesia, hari ini.

Darsem Dawud Tawar dibebaskan daripada hukuman pancung itu, selepas kerajaan membayar sehingga Rp4.6 bilion (RM1.6 juta) baru-baru ini bagi menebus kesalahannya dan membawanya pulang.

Darsem yang dijatuhi hukuman mati pada Mei 2009 kerana membunuh majikannya, dibebaskan daripada hukuman tersebut pada Jun lalu selepas kerajaan Indonesia membayar pampasan kepada keluarga mangsa.

Darsem ditemukan dengan keluarganya hari ini pada satu sidang media di sini.

Menteri Luar Negara, Marty Natalegawa berkata, kepulangan Darsem merupakan usaha bersama antara pihak kementerian dan presiden sebagai bagi menyelamatkan rakyat Indonesia yang berhadapan dengan hukuman bunuh di sana.

Menurutnya, seramai 23 orang warga Indonesia yang didapati bersalah di Arab Saudi masih belum dibebaskan.

Marty berkata, beliau telah menghantar Pengarah Hal Ehwal Timur Tengah, Ronny Yuliantoro untuk menyelesaikan masalah itu dengan arahan yang jelas iaitu beliau tidak dibenarkan pulang selagi tidak menyelesaikan masalah di sana.

Darem yang terkejut dengan kehadiran sekumpulan wartawan yang menyambutnya di Kementerian Luar Negara tidak memberi sebarang komen. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan