Harian Metro: Global |
Tali leher jadi bantal untuk tidur di pejabat Posted: 13 Jul 2011 10:12 AM PDT TOKYO: 'Tali leher Nemuri' yang bermakna 'Tali Leher Tidur' dalam bahasa Jepun adalah peralatan unik yang membolehkan pekerja yang keletihan tidur dalam keadaan selesa dan bergaya di meja mereka. Ia kelihatan seperti tali leher biasa tetapi mempunyai lubang udara kecil yang tersembunyi di belakangnya. Ia akan menggelembung seperti bantal apabila ditiup.
Tali Leher Tidur itu, yang dicipta oleh KTM Co, mensasarkan pekerja pejabat yang suka tidur sekejap di meja mereka dan buat masa ini ia dijual dengan harga 2,500 yen (RM100).
|
Posted: 13 Jul 2011 08:27 AM PDT BEIJING: Jumlah laman web di China merosot kepada hampir separuh tahun lalu, mendorong kebimbangan di kalangan pakar mengenai dasar penapisan yang semakin berleluasa oleh kerajaan negara itu. Menurut laporan Akademi Sains Sosial China (CASS), sebuah badan pemikir kerajaan, terdapat 1.91 juta laman web pada hujung tahun lalu, kejatuhan sebanyak 41 peratus berbanding tahun sebelumnya.
"Jumlah laman web interaktif, termasuk forum online, merosot mendadak," kata penganalisis Internet Universiti Tsinghua, Wu Qiang, kepada akhbar China Morning Post.
"Kes penutupan laman web dalam usaha untuk mengawal kebebasan bersuara amat sedikit sejak beberapa tahun kebelakangan," katanya.
"Ada beberapa laman web haram ditutup kerana mengandungi bahan lucah," katanya.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan