Khamis, 14 Julai 2011

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Mujahidin India disyaki dalang

Posted: 14 Jul 2011 01:41 PM PDT

Dunia

Agensi perisikan akui tak terima amaran Mumbai bakal bermandi darah lagi

MUMBAI: Agensi perisikan India tidak menerima sebarang amaran sebelum letupan tiga bom yang menyebabkan 18 orang terbunuh di Mumbai, serangan terbesar sejak militan berpangkalan di Pakistan menyebabkan huru hara di pusat kewangan itu pada 2008.

Prasangka awal tertumpu kepada kumpulan Mujahidin India yang terkenal dengan kempen pengeboman bandar ke bandar menggunakan bahan letupan yang diletak dalam restoran, perhentian bas dan jalan yang sibuk. "Tiada maklumat perisikan diterima berkaitan dengan serangan militan di Mumbai. Ini bukan kegagalan agensi perisikan," kata Menteri Dalam Negeri, Palaniappan Chidambaram.

"Kami tahu mengenai serangan sebelum ini dan mereka melakukannya dengan bergerak secara rahsia. Mungkin ia membabitkan kumpulan kecil, mungkin mereka tidak berkomunikasi antara satu sama lain," katanya.

Pada masa sama, beliau menekankan masih terlalu awal untuk menuduh kumpulan tertentu tetapi turut mengatakan bahawa serangan terancang itu mungkin tindak balas daripada kejayaan polis menyekat beberapa komplot sebelum ini termasuk penahanan anggota Mujahidin India.

Kumpulan itu dituduh ada hubungan dengan militan yang berpangkalan di Pakistan dan menentang pemerintahan India di Kashmir.
Beberapa kumpulan pakar forensik juga dibawa dari beberapa negeri lain ke Mumbai untuk mencari bukti di tempat kejadian, kata ketua pasukan antipengganas Maharashtra, Rakesh Maria.

Maria yang enggan menuding jari kepada mana-mana pihak bertanggungjawab atas serangan kali ini berkata, penyiasat berharap gambar CCTV yang diambil dari tiga lokasi kejadian dapat membantu siasatan.

Pengeboman terbaru adalah serangan militan terbesar di Mumbai sejak keganasan 2008 yang membunuh 166 orang sekali gus meningkatkan tekanan terhadap jiran dan musuh nuklear Pakistan selain menyebabkan penduduk ibu kota kewangan India itu terus tertekan.

Letupan itu terjadi ketika India dan Pakistan memohon untuk memulihkan hubungan. Pemimpin Pakistan pantas mengutuk serangan itu seperti juga Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama.

Ia berlaku menjelang kunjungan Setiausaha Negara Amerika, Hillary Clinton ke India minggu depan untuk mengadakan rundingan. – Reuters


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Mayat pembunuh digantung

Posted: 14 Jul 2011 01:38 PM PDT

Dunia

 PEMBUNUH Ahmed   Wali Karzai digantung pada sebuah bangunan di dataran awam di bandar Kandahar, semalam.

PEMBUNUH Ahmed Wali Karzai digantung pada sebuah bangunan di dataran awam di bandar Kandahar, semalam.

Taliban dakwa bertanggungjawab hantar orang bunuh adik Karzai

KANDAHAR: Lelaki yang menembak mati adik tiri Presiden Hamid Karzai, Ahmed Wali Karzai digantung di dataran awam di bandar Kandahar, di sini semalam.

Sekumpulan lelaki menggantung mayat lelaki berkenaan di dinding di Kandahar kira-kira 20 minit sebelum mereka membawanya keluar dari situ. Ahmed dibunuh Selasa lalu oleh lelaki yang dikatakan daripada puak dan kampungnya, yang dikenali beliau selain mengembara dan bekerja bersama selama tujuh tahun. Karzai adalah antara beribu-ribu penduduk menghadiri pengebumian adik tirinya.

Presiden, ketua puak, pegawai kerajaan dan orang ramai yang menyertai solat jenazah di ibu negeri wilayah Kandahar sebelum bergerak ke kampung asal di Karz untuk pengebumian.

Pergerakan Taliban mendakwa bertanggungjawab terhadap pembunuhan Ahmed tetapi pegawai rasmi Afghan pula menafikannya dengan berkata, tidak jelas sama ada pembunuh berkenaan adalah anggota militan.

Jurucakap Taliban, Zabiullah Mujahid berkata, dalam satu kenyataan bahawa anggotanya membunuh Ahmed kerana beliau bekerjasama dengan tentera Britain, Amerika Syarikat dan Kanada di selatan. Sejurus selepas pengebumian adiknya itu, Karzai mengadakan sidang akhbar di Kandahar dan memberi mesej kepada pergerakan militan itu.
"Mesej saya kepada mereka (Taliban) ialah berhenti membunuh warga senegara dan saudara seagama. Mudah untuk membunuh tetapi lelaki sejati ialah seseorang yang menyelamatkan nyawa orang lain," katanya.

Sementara itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan, bilangan orang awam yang maut dalam enam bulan tahun ini meningkat 15 peratus berbanding tahun lalu.

Peningkatan kematian itu berlaku selepas Amerika menghantar beribu-ribu askar tambahan ke Afghanistan. Badan dunia itu menyatakan, tahap keganasan tahun ini menjadi petanda kesan kehadiran lebih ramai askar asing.

Laporan pertengahan tahun itu menyatakan, militan meliputi 80 peratus kematian dan tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) menjadi punca 14 peratus pembunuhan manakala separuh daripada korban disebabkan serangan bom. – Agensi


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan